Memang sah apa yang dikatakan selama ini, Ustaz Umar Khalid rakan Poknik mengesahkan beliau bukan seorang Tok Guru. Dato Rosnah Majid seorang bekas wartawan Utusan juga telah mengesahkan Poknik bukan seorang Tok Guru sebaliknya sorang ahli politik yang boleh berubah-ubah cakap.
Demi politik Poknik berani mempergunakan agama , demi politik agama islam dipermainkan. Demi politik agama dibelakangkan. Tahun 2010 tahun simpati kepada Poknik, Tahun ini juga merupakan tahun politik.
Tahun ini juga tahun perkawinan antara DaPig dengan DaPis. Jika dahulu Kelantan menyambut Maulidur Rasul setiap tahun tanpa gagal, kali ini terpaksa dibatalkan demi permintaan pasangan hidup yang enggan merayakannya.
DaPis dan DaPig adalah pasangan bahagia abad ini. Perkahwinan silang budaya dan silang agama yang lazimnya haram telah dihalalkan.
Beliau juga menghalalkan perkahwian tanpa nikah seorang gadis tionghua bersama pasangan melayunya setelah mendapat restu dan dibaptiskan di Kota Bharu. Baru-baru ini perkahwinan tanpa wali juga dikira sah kerana yang pentingnya ialah jurunikah beragama Islam.
Akan datang entah apa pula yang akan menjadi halal. Entah-entah arak dan piggy pun boleh halalkan apabila ada nas yang baru.