Sabtu, 20 Februari 2010

ISU AGUSTA SEMAKIN MENARIK DAN SEMAKIN PANAS

Dalam posting beberapa bulan yang lalu , TM ada menyentuh tentang penjualan MV AGUSTA yang diibaratkan satu kesilapan besar dalam industri permotoran negara.

Baru-baru Tun sekali lagi membangkitkan isu Agusta setelah syarikat Harley Davidson mengalih alih semua asetnya. Buat pertama kali juga isu ini dimasukkan ke dalam Harakah.  

Harakah tidak memihak kepada mana-mana tetapi mereka telah menyambungkan talian hayat ke blog Wenger At War. Harakah diumpamakan bermain badminton dan memberi bola tanggong. Jika di dalam facebook peranan batu ini dimainkan oleh Antapanis. Antapanis tidak suka menfitnah orang tetapi gemar memberi bola tanggung.


Bola tanggong Harakah disambut dari Wenger At War@ WengerKJ dengan membelasah  Parpu Kari dan Piggy Singh sekali harung dengan hujah yang panjang lebar. Harakah mengambil bahan dari Art Harun blog dan Art Harun mendapat sentuhan dari chetdet.co,cc. Blog chetdet pun kena belasah kaw kaw punya.

Bagi penggemar motorsikal besar di Malaysia, penguasaan Proton terhadap Agusta dilihat sangat baik untuk jangka waktu yang panjang. Tun dan Mahalel tidak membuat silap dalam rundingan ini.

Sesuatu kejayaan tidak akan datang menggolek. Proton juga berjaya akhir-akhir ini selepas melalui kritikan dan tohmahan. Proton Saga versi pertama cukup ketinggalan dari segi rekabentuknya berbanding dengan Toyota dan Nissan dan lain-lain model dari Jepun. Akan tetapi dengan sokongan pembeli tempatan dan kawalan kemasukan CBU dan CKD kenderaan lain, Proton  Saga dan Iswara menjadi goreng pisang panas di Malaysia.


TM memang anti Proton ketika itu kerana rupa bentuk yang tidak menarik dan TM lebih gemar kereta cc besar ketika itu, Proton terus meniti kejayaan dengan menghasilkan Perdana. Bagaimana pun Tiara dan Juara merupakan produk yang kurang memberangsang.  Tiara diasaskan dari Citroen AX yang diperkenalkan di Perancis pada tahun 1986 sama tahun dengan pengeluaran pertama Saga. Juara pula diasaskan dari Mitsubishi Town Box Van juga tidak mendapat perkenan rakyat.

Kejayaan Tengku Mahalel dalam Proton ialah menghasilkan Gen2 yang sehingga kini merupakan sebuah kereta berprestasi tinggi yang terbaik pernah dihasilkan oleh Proton dengan kepakaran Lotus. Kilang Gen2 terletak di Tanjung Malim dan modal adalah hasil penjualan Waja. Dahulu pernah dipertontonkan Gen2 dua pintu yang cukup sporty. tetapi tidak dikeluarkan. Sebaliknya Satria Neo yang berada dipasaran. Sayang kerana ramai yang menanti pengeluaran Gen2 dua pintu dan cabriolet.


Pemilikan  Agusta juga akan menghasilkan kenderaan masa depan i yang menggabungkan teknologi kereta sport (Lotus) dan juga motosikal (Agusta)

Paling menghairankan kenapa WENGER AT WAR tidak membelasah 1MALAYSIA atau DS Najib kerana melaburkan 1 BILLION RINGGIT dalam F1, kenapa TUN MAHATHIR sahaja yang berani dilanyak .

Adakah kerana Tun Mahathir bukan lagi Perdana Menteri  maka dengan mudah beliau dihenyak.

Oleh kerana DS Najib masih lagi Perdana Menteri makan WAW @WKJ masih mengharapkan sinar suria  dimasa depan?