Nama Hospital Pusrawi sikit sebanyak telah menjadi terkenal kerana isu liwat Anwar vs Saiful. Hospital swasta Islam ini terletak di Jalan Ipoh ini mempunyai rekabentuk yang sungguh menarik.
Namun isu laporan liwat telah menjejaskan sedikit reputasi hospital ini. Isu laporan kes liwat terhadap Saiful telah dipalsukan. Anwar pula telah menjual nama Pusrawi ke seluruh negara.
Sikit sebanyak memberi impak kepada hospital. Apakah Hospital perlu menyaman Anwar? Saman kerana Anwar telah menjaja nama Hospital dengan laporan Palsu. Untuk mengelakkan peristiwa seperti ini berulang pihak pengurusan hospital perlu mengambil tindakan terhadap laporan palsu ini.
Berikut sedikit tulisan dari blog musram mengenai kes ini
Karpal Singh terperangkap dengan tipu muslihat Raja Petra Kamaruddin, yang memalsukan laporan Hostipal Pusrawi, yang seolah-olah Dr Osman yang memeriksa Saiful kononya dan membuat kes notes yang mengatakan bahawa tiada penetrasi pada anus Saiful. Berdasarkan kepada laporan palsu ini, maka perbicaraan Sodomy II terpaksa ditangguh sebanyak 20 kali.
Namun pada perbicaraan hari pertama Ketua pendakawa Raya Mohammad Yusoff mengatakan dengan jelas bahawa air mani yang dikeluarkan daripada anus Saiful adalah kepunyaan Anwar. Pihak pendakwaan akan membukti semuanya itu melalui keterangan jabatan kimia, bahagian forensik dan doktor HKL yang membuat pemeriksaan terhadap Saiful.
Pihak Anwar telah tahu bahawa kes notes Hospital swasta tidak diterima pakai dalam kes jenayah, namun apa yang berlaku dalam sodomy 2 ini Anwar bersandarkan kepada kes notes palsu. (kesahian kes notes ini akan diketahui apabila Dr Osman daripada Hospital Pusrawai memberikan keterangan bersumpah di mahkamah nanti).
Bagi AYT isu utama dalam kes Sodomy II ini adalah akan berkisar pada "penetrasi" bagi pihak pembela dan Air Mani bagi pihak pendakwa.