Sabtu, 20 Februari 2010

SEDIKIT ISU TANAH DI AIR KUNING , DUN CHANGKAT JERING-TAIPING

Harakah kelmarin telah meletakkan kesalahan kepada Dr Zamry kerana meroboh dan memusnahkan tanah dan tanaman mereka.

Tanah tersebut telah diusahakan oleh sekumpulan penduduk sejak 12 tahun lalu. Persoalannya kenapa sekarang mereka menyalahkan kerajaan BN.

Kenapa sewaktu Nizar menjadi MB , mereka tidak meminta Nizar meluluskan permohonan mereka.

Mereka tidak merungut apabila terdapat satu kawasan lagi tanah kerajaan yang tidak terlibat dengan projek rel kembar dirampas oleh Nizar dan diberi kepada rakan-rakan Dap. Hari ini tanah tersebut menjadi ladang jambu batu.