Di Taiping dan Bukit Gantang nampak macam sudah ada kegembiraan di pihak Pas. Semua bercakap mengenai keputusan esok dan ada yang sudah bersiap sedia untuk berkonvoi ke Mahkamah Persekutuan esok untuk sama-sama merayakan kemenangan mereka.
Ada pula yang menyatakan, "Jika ada live telecast bermakna Zamry menang, jika senyap Pas menang".
Hairan , bagai mana mereka boleh yakin Nizar menang, dah bocorkan ker?
Oklah, jika menang apa yang Pas akan lakukan, sudah tentu peristiwa 8 Mac 2008 akan berulang. Harap pihak polis di Ipoh akan bersiap sedia untuk mengawal keadaaan.