Orang yang mula-mula membangkitkan isu liwat Anwar Ibrahim semasa beliau menjawat jawatan TPM adalah Karpal Singh. Beliau bukan bercakap di kedai kopi, tepi jalan atau atas pentas ceramah. Beliau bangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat, iaitu satu intistusi tertinggi di negara ini. Semua ucapan dalam Dewan Rakyat,akan dimasukan ke dalam hansard.
Di bawah ini saya sertakan bersama hansard ucapan Ahli Parlimen Jelutong 1997,iaitu, Karpal Singh. Hansard ini saya petik daripada laman web MYKMU, yang dihantar oleh seorang forumer yang memakai nickname Zaiton Sameon.
Sila klik pada imej untuk membaca dengan jelas.
Di bawah ini saya sertakan bersama hansard ucapan Ahli Parlimen Jelutong 1997,iaitu, Karpal Singh. Hansard ini saya petik daripada laman web MYKMU, yang dihantar oleh seorang forumer yang memakai nickname Zaiton Sameon.
Sila klik pada imej untuk membaca dengan jelas.
Bukti sudah jelas sekarang,sebab itu Karpal Singh minta Anwar Ibrahim bertaubat. Ini kerana dia tahu cerita sebenar.
Selepas Karpal Singh, orang kedua yang membuat tuduhan secara terbuka yang Anwar seorang peliwat adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian pada masa itu,iaitu Hj Mohd Sabu. Secara terang-terangan dalam satu ceramah di Kubang Kerian pada bulan Ogos 1998, Mohd Sabu menggelarkan Anwar dengan gelaran 'Anwar Ibrahim Al-Juburi'.
Untuk mencapai 'klimaks' cerita ini,anda bolehlah merujuk kepada blog Unspinners.Anda padankan hansard parlimen di blog saya ini dengan apa yang dikatakan oleh Unspinners.Pasti akan akan mendapat 'kepuasan' cerita yang sebenar.(Rujukan,disini)
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan cara penghakiman kes liwat yang melibatkannya.
"Saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan,” jelasnya ketika ditemui wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, pagi ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah dan pasukan pendakwaraya supaya bersikap adil dalam sesi penghujahan saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya berlangsung hari ini.
“Sepatutnya Tuan Hakim (Zabidin) kena dengar permohonan (peguam bela), bukan batalkan dan tutup perbicaraan peguam sebelum beliau membuat keputusan.
"Yang saya nak tekankan di sini, kita dah bersedia seperti peguam Karpal katakan, kita sebenarnya bersedia memulakan perbicaraan hari ini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.
Perbicaraan kes liwat beliau pagi tadi ditangguhkan ekoran pasukan peguam bela membuat permohon mengetepikan Mohamad Zabidin dari mendengar perbicaraan kes tersebut.
Permohonan tersebut dibuat oleh Karpal Singh apabila Mohamad Zabidin enggan mengenakan tindakan ke atas Utusan Malaysia yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif mahkamah, termasuk gambar saksi utama Saiful Bukhari, 25, menunjukkan lokasi kes liwat di Kondominium Desa Damansara.
Selain menganggap hakim cuba bersikap bias dalam proses perbicaraan, Karpal turut mendakwa pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguamcara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden cuba menghalang pasukan peguam bela Anwar menyoal Saiful berkaitan lokasi-lokasi yang ditunjukkannya Jumaat lalu.
Karpal Singh turut menganggap Mohamad Zabidin tidak melaksanakan tanggungjawabnya kerana membiarkan Utusan Malaysia menghina mahkamah dengan mendedahkan beberapa butiran eksklusif berhubung kes itu.
ORANG YANG KENA TUDUH BOLEH MENOLAK HAKIM...APA PUNYA KES...OK JOM KITA SINGKIRKAN KARPAL SIGH DARI MEMBELA ANWAR KERANA KARPAL SENDIRI PERNAH MENUDU ANWAR ADALAH JAHAT, MEMBAWA MASALAH KEPADA NEGARA.