TAIPING 8 Feb. – Tiga lelaki hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan Gereja All Saints pada 10 Januari lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22; Abdul Fattah Shaharuddin, 29; dan Muhamad Ab. Wahab, 20, kesemuanya dari Kamunting dekat sini, sebelum ini telah menghadapi tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di sini.
Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent di Jalan Convent di sini antara antara 12.01 pagi dan 3.30 pagi, manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari di sini, juga pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama. – Bernama
SEDIKIT KOMEN TM;
Apa yang mereka lakukan seperti mempunyai perancangan yang teliti, untuk membuat bom botol bukan satu tugas yang ringan, silap hari bulan botol meletup dan boleh mencederakan diri.
Adakah mereka yang tertuduh mendapat latihan khusus dari pihak-pihak tertentu. Jika ada siapakah mereka. Adakah mereka dari kumpulan militan dari dalam negeri atau mendapat arahan dari luar negara, jika dari luar sudah tentu mereka dijanjikan habuan yang lumayan ?
Pihak polis mungkin sudah ada jawapannya kerana mereka ditahan reman lebih dari seminggu.