Isnin, 8 Februari 2010

TUKAR HAKIM-USAHA ANWAR UNTUK MEMENANGI KES

Bicara 3 hari , mohon tukar hakim, esok  bicara 7 hari akan mohon tukar hakim lagi. Hari ini Karpal Sigh berjaya menangguhkan perbicaraan pagi ini, berapa banyak untung dia dapat. Janji masyuk.

Karpal dan Anwar cuba meraih political millage, dengan harapan rakyat akan terus membenci sistem kehakiman dan kerajaan yang memerintah.

Jika berjaya menukar Hakim sikit sebanyak ia akan mempengaruhi keputusan mahkamah. Perbicaraan tidak akan diulang semua dari awal. Ia akan disambung ke episod seterusnya. Hakim baru tidak dapat merasai senario sebenar sebutan yang telah dijalankan. Ia hanya bergantung kepada catatan mahkamah sahaja.

YB Zulkifli Nordin MP Kulim menyebut bahawa kes ini mungkin akan berpanjangan selama 6 bulan. Jika sepanjang 6 bulan , 6 hakim bertukar ganti mungkin Hakim yang terakhir akan melepas Anwar kerana pendakwa gagal dan timbul keraguan. Sikit punya silap pun Anwar akan dibebaskan.

Harap sistem kehakiman dapat memberi satu komitmen yang tinggi dalam kes ini. Begitu juga kementerian Kehakiman supaya tidak melayan tuntutan Karpal Sigh. Jika tidak puas hati dengan Utusan Malaysia tunggulah selesai kes liwat. KS boleh kemukakan saman terhadap Utusan pula.