Berat badan semakin susut, tidur makin tidak nyenyak, kadang-kadang mengigau sampai tendang pintu , ingatkan dinding lif. Rambut semakin gugur kerana arsenik dan kerisauan. Rambut putih disapu dakwat hitam, tetapi terlupa nak sapu pada janggut yang sudah putih. Nasi sesudu pun tak mampu habiskan. Dia sedang beransur hilang dan lenyap secara perlahan-lahan dari muka bumi ini kerana termakan sumpahan
Nak tahu lebih lanjut teruskan bacaan.
Oleh The Unspinners
Anwar menebar risalah di atas di kawasan bangunan PKR semasa berjumpa dengan bekas penyokong yang dipanggil reformis. Lihat acaranya sini. Sebenartnya perbuatan ini benar-benar contempt of court dan sedition terhadap integriti Mahkamah.
Selain itu, Malaysia Instinct menyiarkan SMS terdesak Anwar yang menimbulkan persoalan-persoalan yang sama dengan acara tersebut.
Cara menjawab SMS dan risalah itu mudah. Baca jawapan Dua Hala berikut:
Mengapa Saiful bertemu Najib sebelum membuat laporan dia diliwat?
Bukankah pertemuan itu didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada media setelah laporan polis oleh Saiful baru beberapa hari selesai dibuat pada tahun 2008 lalu.
Dan Najib juga menjelaskan ketika itu bahawa beliau memberitahu Saiful beliau tidak mahu mencampuri hal itu dan terpulang kepada Saiful untuk mengambil tindakan lanjut.
Malah di Bandar Jengka semalam, Najib berkata apa yang berlaku antara Saiful dan Anwar adalah kes peribadi dan bukannya sesuatu isu negara. Kenyataan itu mencerminkan Najib tidak berminat mencampuri kes itu sejak dari mula lagi.
Mengapa ada 3 doktor memberitahu dia bahawa tidak wujud bukti berlakunya liwat?
Bila masa ada 3 doktor memberitahu Saiful tidak ada bukti berlaku liwat?
Kalau ikut kenyataan Saiful di mahkamah baru ini, doktor hospital swasta pertama yang dia kunjungi tidak membuat pemeriksaan liwat kerana mendakwa mereka tiada peralatan forensik untuk berbuat demikian.
Di hospital kedua pula tidak meneruskan pemeriksaan apabila Saiful memberitahu dia diliwat. Doktor di hospital kedua sebaliknya menasihatkan Saiful agar ke hospital kerajaan di mana hanya keterangan dan laporan hospital kerajaan sahaja boleh diguna-pakai di mahkamah.
Laporan hospital kedua iaitu Pusrawi yang tersebar sebelum ini jika mengikut kenyataan Saiful adalah palsu. Dah yang kononnya mendedahkan laporan itu pun ialah Raja Petra, Raja Penipu terbesar dekat negara ini.
Apa hasil sebenar siasatan di Hospital Kuala Lumpur (hospital ke-3) masih belum dapat dinyatakan secara tepat kerana pihak itu belum lagi dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes liwat II ini.
Mengapa Saiful berada di pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan penajaan biasiswa walaupun menjadi seorang pelajar yang ketinggalan untuk menamatkan pengajian daripada sebuah universiti?
Boleh tak kita tanya balik... Mengapa Anwar menawarkan untuk menampung perbelanjaan pendidikan seorang pelajar yang ketinggalan untuk menamatkan pengajian daripada sebuah universiti?
Bukankah Saiful semasa memberikan keterangan sebelum ini memberitahu Anwar bersedia menampung kos pembelajarannya.
Jadi Saiful memang ada potensi untuk sambung belajar. Jadi kalau dia ke pejabat Najib untuk mintak biasiswa bagi menyambung pelajaran bukannya isu yang terlalu besar bukan. Anwar pun offer 'biasiswa' versi tersendiri kepada Saiful...tak timbul persoalan pulak?
Mengapa Anwar didakwa melakukan liwat atas kerelaan bersama tetapi Saiful digambarkan sebagai mencari keadilan?
Dah Saiful yang buat laporan polis...sudah tentulah Saiful yang mencari keadilan. Takkan Saiful buat laporan tetapi Anwar yang cari keadilan? Cuba kalau Anwar yang buat laporan dulu itu hari, dan tentu Anwar pula akan dilihat sebagai mencari keadilan. Dan bila masa pulak Anwar didakwa di mahkamah kerana melakukan liwat atas kerelaan?
Ada ke.....Yang penulis tahu Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Itu sahaja.
Ada sesiapa lain yang disabitkan melakukan liwat selain DSAI dalam tempoh 15 tahun yang lalu? ...Rasanya orang yang cipta sms ini pun mungkin tidak faham apa yang cuba dipersoalkannya.
Baca keratan akhbar ini ....
Lelaki nafsu binatangSatu lagi :
Posted on March 18, 2009 by pemudasarawak
Oleh Zalifah Mohd Yatim zalifah@hmetro.com.my
MUAR: Ketika ini, dia sedang menjalani hukuman penjara 40 tahun dan 46 sebatan selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan iaitu meliwat, menculik, melarikan serta merogol dua budak perempuan berusia 10 tahun dalam dua kejadian berasingan di dua tempat berbeza.
Semalam, bekas pembantu tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu, Jamil Jaya Said @ Ibrahim, 36, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan lagi oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Teruskan membaca di sini
KUANTAN: "Apa salah seorang isteri dalam kehidupan suaminya apabila dia diheret, ditampar dan dicekik ketika melakukan persetubuhan hanya untuk melayan nafsu beberapa minit.Liwat budak ke atau liwat isteri ke....kalau isunya didapati bersalah kerana meliwat, dua contoh berita di atas sudah lebih daripada cukup. Malah, tidak perlu gostan sampai 15 tahun, kes yang pertama di atas baru berlaku dalam Mac tahun lepas aje. Jawapannya ialah ADA yang didapati bersalah meliwat. Dan meliwat tidak kira lelaki atau perempuan adalah kesalahan jenayah di negara ini.
"Bukankah perhubungan itu sepatutnya dilayari dengan baik dan mendatangkan kepuasan kepada suami isteri," kata Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang mekanik, Khairulhisam Abdul Khalid, 34, yang didapati bersalah terhadap tuduhan merogol dan meliwat isterinya yang berusia 32 tahun pada 19 April lalu.
Teruskan membaca di sini
Anwar akan dipenjarakan sehingga beliau ketinggalan pilihan raya umum yang akan datang.
Penulis pulak hendak tambah jawapan baru ...
Jawapannya: Penjarakan Anwar bukan setakat pilihan raya umum akan datang, tetapi pilihan raya-pilihan raya umum yang seterusnya sampai Anwar mati mereput dalam penjara! Dia memang layak menerima hukuman seperti itu.