Blogger Manjung mari, mewakili suara Pas Perak tidak puas hati dengan Menteri Besar Perak Dr Zamry yang membantu fakir miskin di Perak.
Sebagai Menteri Besar beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif pentadbiran kerajaan. Sama ada wang bantuan datang dari poket beliau atau dari tabung bantuan anak yatim itu tidak menjadi soal.
Jika wang zakat pula mana yang layak dapat maka beliau mewakili kerajaan berhak untuk memberikan bantuan. Memanglah sebagai Menteri Besar beliau lah yang akan dijemput untuk menyanpaikan pemberian tersebut, dan peluang untuk beliau beramah mesra dengan rakyat.
Dr Zamry pernah memberitahu TM, bahawa kerajaan beliau tidak memilih warna kulit atau warna parti. Sesiapa sahaja yang termasuk 8 asnaf yang layak menerima bantuan akan menerimanya.
Tak kiralah Pas, atau Dap Islam atau yang tidak ada parti pun dapat. Sebab dalam hukum tidak menyebut parti. Kepada orang-orang Pas yang layak menerima bantuan silalah berjumpa dengan JKKK dan janganlah malu untuk memohon bantuan, Insyallah permohonan tuan/puan akan dinilai oleh pemerintah.
Berkenaan penggunaan masjid pula, kenapa perlu dipersoalkan. Dr Zamry datang atas nama jawatan dan kedatangan bukan atas parti politik seperti mana yang dilakukan oleh Nizar.
Di Taiping Nizar jika datang ke masjid Kg Expo beliau akan membawa bersama Nga Kor Meng untuk menyampaikan ceramah politik. Pas lupa bahawa 100% wang membina masjid datangnya dari kerajaan BN yang memerintah.
Bahkan pegawai-pegawai masjid juga mendapat elaun daripada kerajaan. Mengenai program yang bermula jam 7 lebih pula. Itu lah masa yang terbaik.
Majlis boleh dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan majlis penyampaian bantuan. Bukankah elok program tu. Tidak ada maki hamun, hamput menghamput seperti yang dilakukan oleh Pas.
Kepada blogger Pas jangan lah memalukan diri sendiri. Tak elok menterbalikkan gambar Dato Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin. Mereka pemimpin parti. Hangpa tu penulis blog sahaja.
Inilah Fitrah Manusia, ada miskin ada yang kaya,,
he .. he .. Tahun Baru Cina dah habis dah, tak ada sapa lagi yang nak dibagi ang pau, atau pun mungkin baru teringat kat kaum Melayu, selepas puas seronok suka Menyambut Kemenangan 5-0, seronok membuat rumah terbuka tahun baru China......
Maka kini tibalah pula giliran Anak-anak Yatim Daerah Manjung dan Fakir Bandar Daerah Manjung...,
Nasib baiklah ada anak yatim dan fakir bandar, dapatlah bertemu rakyat, boleh lah temberang dan auta kat anak yatim dan kaum fakir....,
Satu lagi bengong tahah baghal,, program bermula 7.15 malam, oii ni apa cerita ni...pi buat kat Tokong Cina lagi baik, musim tahun Harimau ada lagi....,