Isnin, 8 Februari 2010
PAS SEPERTI KANAK-KANAK YANG CEPAT MERAJUK
Semalam seorang lagi blogger Pro-BN telah menjadi mangsa polis report oleh Pas.
Beberapa minggu lalu Pas Shah Alam telah membuat report terhadap YB Hamidah Othman kerana meletakkan gambar YB Khalid Samad seperti seorang Padri.
Kini pula Jeffery Damien 09 blog spot telah menjadi mangsa Pas Kota Bharu pula. Tindakan Pas membuat report polis seolah-olah Pas sudah kalah dalam peperangan dunia cyber.
Merajuk, menangis lalu membuat laporan polis. Mereka lupa satu ketika dahulu merekalah juara dalam membuat animasi atau gambar-gambar yang menyakitkan hati .
Tun Mahathir, Sammy Vellu, Rafidah Aziz, Khir Toyo, Azalina Othman dan ramai lagi telah menjadi mangsa tangan-tangan nakal Pas.
Baru-baru ini kartunis Zunar dan rakan-rakan telah menghasilkan sebuah buku komik kartun yang berjudul Perak Darul Kartun, tidak kah itu satu lagi mainan politik Pas?
Tetapi tidak ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh Umno atau individu-individu dalam Umno. Mereka tahu itu adalah peperangan Psikologi yang dibuat oleh Pas terhadap BN.
Hairan kenapa Pas hari ini cepat merajuk dan terasa hati bila ada pihak dari Pro-BN membuat benda yang sama dan Pas membuat laporan Polis.
Mereka seolah-olah cepat merajuk seperti seorang kanak-kanak yang diejek oleh rakan-rakannya. Atau seperti seorang tua nyanyuk.