Khamis, 4 Februari 2010

PENYOKONG PAS BOIKOT BERITA KES LIWAT


Semua media perdana hari ini menjadi kes liwat Anal War sebagai berita utama. TM memerhatikan gelagat beberapa individu sewaktu mereka membelek-belek akhbar-akhbar utama hari ini.

Ada yang menjentik dengan belakang tangan dan berdegus dan membuka helaian lain , enggan membaca laporan atau liputan kes.

Tak kurang juga yang menjadi peguam dan ada yang seolah-olah menghina mahkamah dengan perbicaraan tersebut.  Jelas menunjukkan kes ini tidak menarik minat orang Pas.

Mereka juga tidak berminat untuk membaca isu-isu semasa seperti masalah YBK, Masalah royalti minyak, isu rasis di Pulau Pinang  atau isu Almenantuya.

Yang menarik untuk mereka bercakap ialah isu Malaysia malabur dalam F1 sebanyak 10 billion ringgat ( ini fakta Pas). Bercakap soal harga gula, harga minyak, kenaikan insuran kenderaan, dan akan datang kenaikan harga minyak dan toll PLUS.

Paling top dalam senarai gossip ialah isu Nizar vs Zamry. Masing-masing mengutuk Zamry kerana takut untuk membubarkan Dun.  Mereka juga menuduh Dr Zamry penakut kerana enggan berdebat dengan Misbahlul.

Tindakan Misbahlol juga di dapati telah menghina Nizar yang merupakan orang No 1 di Perak.  Misbahalol telah dengan sendirinya telah merendahkan taraf dan kedudukan Nizar. Apa kes dan apa isu untuk berdebat?

Ini merupakan mainan kotor Pas Perak untuk memanaskan keadaan. Pas Perak dikatakan sudah bersedia 100 % untuk menghadapi pilihanraya negeri yang diramalkan ada diadakan pada bulan ini. Ini berdasarkan blog Cina Islam.

Tetapi Pas mendesak Dr Zamry agar membubarkan DUN. Bila Dr Zamry mencabar kesemua adun pembangkang supaya meletakkan jawatan , mereka dengan pantas menuduh Dr Zamry bodoh, bongkak dan sombong. Mereka lupa bahawa merekalah yang bodoh sombong kerana terlebih dahulu memainkan isu ini.

Berbalik kepada kes liwat Anal war, kenapa tidak kelihatan muka-muka orang kuat Pas di mahkamah sepanjang 3 hari perbicaraan.

sekian.