Jumaat, 26 Februari 2010

PKR PERLU AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR

 

_734897_anwar150

TM menyokong kenyataan Rais Yatim supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang disifatkan sebagai satu cadangan semata-mata.

Pakatan Rakyat sepatutnya memecat, menggantung atau melucutkan kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum PKR kerana beliau terlibat dengan pendakwaan di mahkamah.

Paling tidak majlis disiplin PKR hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada Anwar kenapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadapnya. Jawatan kuasa juga perlu bermesyuarat bagi menentukan apakah jenis hukuman yang perlu diterima oleh Anwar.

Apa yang berlaku hari ini dalam PKR ialah mereka begitu berminat mencari kesalahan dan mengenakan hukuman kepada orang bawahan sahaja seperti YB Zulkifli Nordin. Sedangkan tuduhan mahkamah terhadap Anwar lebih besar berbanding kesalahan YB Zul.

PKR harus berani mengambil tindakan kepada Anwar, jika tidak PKR boleh dianggap sebuah parti milik Anwar sdn bhd dan  tidak wujud istilah demokrasi.

Dalam ceramah Anwar sering menidakkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Anwar juga sentiasa melaungkan slogan Reformasi bagi mengembalikan demokrasi kepada rakyat.

Apakah sistem yang digunapakai selama ini dalam menentukan corak pemerintahan? Aapakah ia tidak cukup demokrasi sehingga 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang?

Sebenarnya Anwar hanya menipu rakyat untuk menyokongnya menjadi MAHARAJA di Malaysia yang penuh dengan imuniti.

Anwar sebenarnya mahukan kuasa yang besar daripada seorang Raja. Besar seperti Ultraman, Spiderman, Superman atau lain-lain ikon Freemason yang selalu ditonjolkan dalam filem barat.

Watak yang tidak boleh kalah atau mati , tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Ingat jika Sultan bersalah pun masih boleh dibicarakan di Mahkamah Khas. Ini kan pula mangkuk bernama Anwar.

Anwar sebenarnya mahu mengangkat dirinya sebagai seorang diktator di Malaysia yang mempunyai kuasa seperti diktator-diktator dunia sebelum ini.