Jumaat Februari 26, 2010
TAIPING: Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah umat Islam di negara ini wajib merenung ke dalam diri dan melihat sama ada mereka mempunyai kekuatan untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat.Baginda bertitah umat Islam juga harus bertanya kepada diri sama ada mereka mampu bersatu mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.
"Sudahkah umat Islam di negara ini berada dalam kedudukan boleh menjadi teladan kepada seluruh umat? Adakah umat Islam pada hari ini telah kukuh bersatu dalam mempertahankan maruah dan kemuliaan agamanya jika dipersendakan oleh orang lain?," titah baginda ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dataran Perbandaran Taiping, di sini.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Puan Besar Tuanku Zara, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Sharipah Zulkifli.
Sultan Azlan turut melahirkan kebimbangan umat Islam akan terlalu mabuk dengan gelombang politik berkelompok sehingga menjejaskan masa depan serta kehilangan segala perkara yang menjadi hak kepada agama dan bangsa mereka selama ini.
Umat Islam di negara ini harus mencontohi para sahabat Rasulullah dan umat Islam pada era kegemilangan Islam kerana walaupun bilangan mereka kecil namun atas amalan disiplin dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah S.W.T, Islam berada di kemuncak, titah baginda di hadapan kira-kira 3,000 hadirin.
"Kerja yang diberikan akan disempurnakan dalam waktu yang ditentukan. Bila berjanji, janji dikota, bila berhutang, hutang dibayar. Tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan penuh amanah lagi ikhlas dalam semangat fardu kifayah, semata-mata atas nama Allah yang Maha Esa.
"Mereka tidak berpura-pura, tidak bersifat lain di hadapan lain di belakang. Mereka mempunyai kekuatan (untuk) menegur yang salah dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah umat Islam pada ketika itu mencontohi amalan hidup mulia Rasulullah yang telah memperlihatkan sebenar-benar teladan untuk disaksikan ummah.
Sultan Azlan seterusnya meminta agar semua rakyat di negara menghormati kedudukan agama Islam yang telah diberi perlindungan di bawah Perlembagaan negara seperti mana agama-agama lain di Malaysia.
"Rakyat jangan sama sekali cuba mencetuskan sesuatu isu dan provokasi yang boleh menggugat suasana harmoni yang telah sedia terjalin di antara warga pelbagai kaum dan agama. Perbuatan-perbuatan bersifat provokasi berpotensi menjejaskan perpaduan warga dan ketenteraman awam," titah baginda.
Pada sambutan itu, Sultan Azlan Shah turut menyampaikan anugerah 'Tokoh Keluarga Mithali' kepada Jurij Sulaiman yang membesarkan lima orang anak sehingga berjaya dalam pelbagai bidang, dan 'Tokoh Pendakwah' kepada Mohamad Hafiz Ng Abdullah yang merupakan pendakwah Islam sejak tahun 1992.
Selain itu baginda juga menyampaikan anugerah 'Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat' kepada Soed Ibrahim yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 30 tahun dan 'Tokoh Pegawai Masjid' kepada Abdul Rahim Abu Bakar yang masih aktif sebagai imam dan mengajar kelas agama.