Jumaat, 5 Februari 2010

SAIFUL TELUS DAN BERANI-BERANI KERANA BENAR


Setelah 4 hari kes disebut di mahkamah, Saiful terus gagah, tabah dan tenang menghadapi dugaan. Berani berdepan dengan setan-setan kecil yang bertempik di luar kamar mahkamah.

Saiful juga berani  dalam lawatan  ke kondo tempat kejadian. Tenang raut wajah dan bahasa badan  membuktikan Saiful bercakap benar.

Manakala pihak satu lagi gabra, lakonannya sama seperti 1998 dahulu. Beliau juga takut untuk melawat tempat kejadian. Kenapa takut, bukannya ada bom C4 ?

Hari ini pula dua trak penyembur air dari pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), tiga trak membawa anggota FRU dan dua trak polis dilihat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 10.15 pagi.

Difahamkan pasukan polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya perhimpunan haram di mahkamah ini ekoran perbicaraan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Arwah ibu Saiful merupakan seorang yang sangat meminati Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola kepada ibu Saiful.  Oleh itu ibunya sentiasa menasihati anaknya agar menjadikan Anwar icon kepadanya.

Tapi sayang,
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.


Add to Google