Rabu, 3 Februari 2010

SETAHUN PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL PERAK

Malam tadi bertempat di kediaman rasmi  YAB Dr Zamry Menteri Besar Perak telah diadakan satu sidang akhbar bermula jam 09.15 dan berakhir jam 10.30  malam. Media diberi peluang untuk bertanya seberapa banyak soalan tanpa had.

Bersama Dr Zamry ialah barisan Exco dan turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Beliau berkata mungkin jika pihak lain akan mengadakan sambutan ulangtahun pentadbiran tetapi bari kerajaan yang dipimpin beliau akan melihat satu tahun ini sebagai satu tahun penilaian. Jika ada kelemahan ia akan dibaiki dan yang sudah baik akan dimurnikan lagi.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan sentiasa mendapat tentangan dan kritikan oleh pihak lain tetapi selepas satu tahun kita lihat sendiri apakah impaknya. Apakah kejayaan yang dicapai oleh semua jabatan kerajaan di bawah Kerajaan Negeri.

Contohnya hari ini proses menukar hak milik tanah boleh diselesaikan dalam tempoh dua jam berbanding 30 hari dahulu.

Ekonomi juga bergerak semakin pantas dan cepat. Negeri banyak menerima pelaburan dari dalam dan luar negara. Sehingga kini masih ada pertanyaan dari pelbagai pihak yang akan masuk melabur dan semasa lawatan keluar negara , kerajaan negeri telah menanda tangani beberapa Mou untuk membolehkan mereka datang ke negeri ini. Di India saja4 MOU telah pun dibuat.

Harapan beliau untuk tahun-tahun berikutnya ialah ingin melihat rakyat Perak tanpa mengira kaum akan dapat hidup dengan aman dan berjaya. Berjaya dari segi ekonomi, pelajaran, juga dalam sektor perkhidmatan dan sistem penyampaian. Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan sesuai dengan konsep gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Semua kaum termasuk kaum-kaum yang kecil seperti komuniti Siam, Sikh, orang asli tidak akan diabaikan , segala keperluan mereka akan diselesaikan segera. Kepada kaum Cina dan India beliau berharap dapat memberi sokongan kepada kerjaan negeri dan sokongan telah ditunjukkan oleh kaum-kaum Cina dan India dalam beberapa sesi pertemuan dan kunjungan beliau ke kawasan mereka. Yang penting ialah memberi sokongan kepada kerajaan dan bukan kepada beliau. Ini kerana beliau hanya memikul tugas yang diamanahkan oleh rakyat dan direstui dan mendapat perkenan  oleh Baginda Seri Sultan Perak

Dalam usaha mendekatkan diri dengan rakyat , beliau telah menggunakan pendekatan 3P iaitu turun Padang, mempunyai Perasaan atau feel dan mementingkan Pengisian. Oleh itu setiap wakil rakyat akan mempunyai program sebagai pengisian dalam hubungan dengan masyarakat,  seperti mengadakan program majlis ilmu di masjid-masjid dan beliau sendiri akan bermalam di masjid bersama khairiah tempatan. Maka kita akan dapat merasakan sendiri masalah rakyat dan merasai sendir perasaan mereka. Setiap masalah rakyat , wakil rakyat yang ada bersama dapatlah menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Surat-surat hendaklah diambil tindakan dalam tempoh 14 hari.

Mengenai masalah kakitangan kerajaan yang lebih gemar memihak kepada pembangkang, beliau berkata beliau lebih suka kepada pendekatkan atau merapatkan hubungan , jadi segala masalah dapat didengar dan diselesaikan . Kita akan mendengar apa masalah mereka.Pintu rundingan sentiasa terbuka tak kan tak ada titik persamaan.

"Saya bersifat terbuka, seperti contoh dalam satu sidang media, pada mula ditetapkan hanya 5 soalan tetapi berjalan majlis saya menjawab 58 soalan. sehingga semua pihak berasa puas hati.

Hari ini apa-apa keputusan kerajaan dalam mentadbir negeri banyak dibuat secara kolektif. Kejayaan dan kekuatan kita garap bersama dan kelemahan-kelemahan kita pikul bersama. 

Menjawab soalan mengenai MB dilihat berseorangan dalam program-program bersama rakyat tanpa kehadiran exco-exco dan wakil-wakil rakyat yang lain. Beliau menjawab  "Ya, saya tidak mahu satu budaya mengekor, di mana MB ada , disitu akan berhimpun semua wakil rakyat dan sayap-sayap parti.  Semua wakil rakyat mempunyai tugas masing-masing yang perlu mereka jalankan oleh itu tidak perlukan mereka mengekor saya nanti kerja mereka tak jadi"

Setakat hari ini beliau berpuas hati dengan semua wakil rakyat beliau dan exco-exco yang dilantik. Mengenai KPI pula, rakyat adalah penilai utama, Jika rakyat suka kepada seseorang wakil rakyat , bermakna KPI dia baik, dan beliau juga ada cara sendiri dalam membuat penilaian ini. Kalau boleh beliau mahu semua wakil rakyatnya bekerja 26 jam sehari

Mengenai slogan Aman Jaya . Dr Zamry menjelas bahawa slogan tersebut mempunyai 7 pendekatan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dan akan di bentangkan  tak lama lagi kepada umum.

Mengeni permainan politik pembangkang pula, Dr Zamry bertegas Umno dan BN tidak akan terjebak  dengan permainan poltik murahan pembangkang. Mereka yang kata apa pun biar lah mereka buat.

Mengenai keputusan mahkamah pada 9 feb nanti. beliau menyerahkan semua keputusan kepada pihak mahkamah. Kita tak perlu bercakap soal tersebut kerana ia akan menjadi subjudis.