Jumaat, 5 Februari 2010

UMNO PERLU MENOLAK PELAWAAN PAS UNTUK BINCANG ISU AGAMA

Dalam menangani isu kalimah Allah, Pas mendabik dada kononnya mereka mampu menyelesaikan isu dan krisis tersebut. Nik Aziz pun dengan pantas turun ke Lembah Kelang untuk melawat gereja yang terbakar . Dalam masa yang sama Pas menuduh ia angkara jahat Umno untuk menutup kes kehilangan enjit jet dan sebagainya.

Tak cukup dengan lawatan ke Lembah Kelang, Pas juga menjemput ketua-ketua agama ke Kota Bharu untuk bersidang.

Ingatkan dapat lah satu resolusi yang baik. "Rupa-rupanya tak dok so habuk pung"

Hari ini pandai pula nak ajak Umno duduk semeja dan berbincang.

Bagaimana?

TM menolak 100% cadangan Nik Aziz,  Pas tidak mempunyai kelayakan untuk membicarakan isu agama atau sebarang isu pun.

Kerajaan BN baru saja mengadakan program Multaqa Ulama dan Ilmuan Islam di Johor Bahru hari ini 4 Feb 2010.

TPM telah merasmikannya hari ini, sudah tentu dalam multaqa itu banyak perkara mengenai isu semasa yang dibincangkan.

Pelawaan Nik Aziz jelas menunjukka Pas telah gagal dalam menguruskan hal ehwal agama berbanding dengan UMNO.



04/02/2010 8:54pm

KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama