Khamis, 18 Mac 2010

ADUN PAKATAN RAKYAT KEDAH MELENTING BILA DIKRITIK

Agak melucukan apabila membaca berita ini dari laman web Harakah.  Laporan supaya Adun Lunas jangan kacau kawasan orang lain tetapi menjaga kawasan sendiri. Ini lah sifat sebenar yang ditunjukkan oleh pembangkang.

HANYA MEREKA SAHAJA BOLEH MENGKRITIK DAN MENEGUR ORANG TETAPI BILA MEREKA DITEGUR LALU MELOMPAT MACAM SETAN GONDOL.

Sepanjang 53 tahun kemerdekaan, negara di perintah oleh Perikatan dan Barisan Nasional apa yang tidak dikritik oleh Pas? Kalau dikumpulkan semua kritikan dan tohmahan Pas agaknya dua buah kapal kontena pun tak cukup.

Ini baru berkuasa sikit dah tak tahan dikritik. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Orang boleh lihat dan menilai apa yang dibuat oleh pembangkang. Pakatan Rakyat di Kedah dikuasai oleh Pas.

Sudah tentu kalau ada sekupang dua dari poket MB Dr Azizan , dia akan bagi kepada Adun Pas terlebih dahulu, jika ada baki-baki baru boleh bagi kepada Pkr.

Lagi pun Pas Kedah bukannya suka sangat dengan Dap dan Pkr tetapi kerana dua komponen ini membantu Pas menang PRU 12 maka Pas rela CUCI  bontot Dap dan Pkr.

Apa salahnya kan???  Berikut ialah petikan dari harakah mengenai perbalahan dia Adun Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang kebelakangan ini kerap mempertikaikan kepimpinan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah dinasihatkan supaya melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat di kawasannya terlebih dahulu.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Kulim, Lim Soo Nee sebagai menjawab tuduhan Mohd Radzhi bahawa sepanjang dua tahun kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak banyak membantu penduduk Kulim.
KESIAN DENGAN HARAKAH TERPAKSA JADI ORANG TENGAH.

SENANG SAJA KALAU  DAH TAK SANGGUP TERIMA TEGURAN DAN KRITIKAN, LETAK JAWATAN LAH  DAN BOLEH BALIK TIDUR SIANG MALAM.