Khamis, 18 Mac 2010

PEMBANGKANG KENA TEGUR OLEH AGONG DAN TERUS PUSING CAKAP UMNO YANG BERTANGGUNGJAWAB-SENGKEK BETUL OTAK ANWAR

Apabila kena hentam dalam majlis pembukaan dewan, dan DYP Agong menegur MP yang kurang sopan dan memuji sikap Najib yang turun padang telah menyebabkan kedudukan Anwar tergugat.

Dahulu isu 916 Anwar sendiri berkata dia ada akses ke Istana Negara dan Angkatan Tentera. Maka bersedialah kita untuk ke Putra Jaya. Satu Malaya dah tahu isu ini.

TM mendapat telefon dari rakan-rakan di sebelah Utara akan kesahihan berita 916. Bahkan TM sendiri agak terkejut dengan cerita yang dimainkan oleh Anwar mengenai hubungan beliau dengan istana melalui adik Asmidar Taharim yang berjawatan tinggi di Istana Negara menguatkan lagi berita tersebut.

Hari ini  Anwar telah menghina istana terutama DYP Agong KONONnya teks ucapan Baginda disediakan oleh Najib.  Harap pihak istana dan KDN dapat melihat isu ini.

Puak-puak pembangkang lupa bahawa dalam sidang  Dun Selangor , Sultan Selangor telah menegur dengan keras tentang wang zakat dan beberapa perkara lain dalam ucapan perasmian dewan. Adakah teks  ucapan disediakan oleh Khalid Ibrahim ?

Fikirkan betapa bangapnya Anwar memainkan isu bodoh tahap longkang kepada pengikutnya. Sudah tentu puak-puak Pas, dan melayu Pkr akan percaya bulat-bulat apa yang dibangkitkan oleh Anwar. 

Dalam Istana Negara bukan macam rumah Agam 11 juta milik  Anwar yang hanya dipenuhi oleh tukang angkat najis dan pecacai. Dalam Istana Negara ada ramai kakitangan yang berjawatan tinggi. termasuklah adik ipar Azmin.  Apakah  mereka makan gaji buta sehingga teks ucapan perasmian pun Najib kena buat.

Berikut ialah petikan dari blog Pakatan Haram.



Anwar sindir Najib puji diri sendiri
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.

Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.

Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.

“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.