Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menerima alasan bahawa harga RM37 juta yang ditetapkan untuk melepaskan tanah rizab kereta api di antara Taiping ke Kuala Sepetang itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat semalam itu seolah-olah tidak memikirkan sentimen dan perasaan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan berkenaan.
"Saya nak tanya saudara semua, RM37 juta itu berpatutankah bagi mereka yang telah melihat kawasan berkenaan. Beliau (Ong) kata ia berdasarkan Perlembagaan tetapi dia juga perlu munasabah.
"Semua orang boleh berdasarkan Perlembagaan. Saya bercakap sekarang ini juga berdasarkan Perlembagaan juga, tetapi ada ruang untuk berbincang isu ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama-sama delegasi Pemimpin Islam Kemboja di sini Isnin.
Katanya kerajaan negeri turut tidak pernah membangkitkan nilai pasaran semasa apabila bertindak memberi tanah berkenaan kepada kerajaan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat.
Zambry berkata kebiasaanya bagi pengambilan tanah untuk tujuan berpihak kepada Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian seperti sekolah, balai polis serta tujuan jabatan dan agensi kerajaan, kerajaan negeri tidak mengenakan premium dan caj ikut pasaran semasa sebaliknya mengenakan kadar minimum sahaja kerana ia adalah kepentingan awam.
"Jangan pula apabila mereka dikehendaki pulangkan tanah atas kepentingan rakyat, mereka mahu caj ikut harga pasaran. Ini satu prinsip yang tidak kena. Jadi, menteri lebih faham dan melihat perkara ini, walaupun mungkin ini bukan kesalahan beliau, tetapi menteri perlu bertanggungjawab dan selesaikannya," katanya.
Beliau juga berkata pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Perbadanan Aset Keretapi (PAK) serta pihak berkenaan sebelum ini turut disertai wakil Jabatan Peguam Negara yang turut sedia maklum masalah tanah berkenaan.
Semalam, Ong berkata harga RM37 juta yang ditetapkan untuk melepaskan tanah rizab kereta api di antara Taiping ke Kuala Sepetang seluas 94.5 hektar kepada kerajaan negeri Perak adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan itu, sebarang tanah khasnya tanah untuk maksud perkeretapian, hanya boleh digunakan untuk maksud tersebut serta jika mahu diberi hak milik ia perlu ada syarat tertentu termasuk mengikut kadar pasaran semasa.
Jemaah Menteri pada 27 Jan lepas bersetuju agar tanah rizab kereta api berkenaan yang kini diduduki 643 keluarga setinggan, dilepaskan kepada Kerajaan Negeri Perak memandangkan tanah-tanah berkenaan tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi kereta api sejak 1941.
Persetujuan itu dicapai hasil siri perbincangan serta rundingan kerajaan negeri yang mengambil masa antara empat dan lima bulan selepas berjanji untuk menyelesaikan isu tanah yang melibatkan kira-kira 300 penduduk di Kuala Sepetang itu pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Mac tahun lepas.
Kebanyakan penduduk yang tinggal di tanah berkenaan yang sebelum itu dibina landasan kereta api menghubungkan Port Weld (kini Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping bekerja sebagai nelayan.
Ada antara penduduk yang menghuni tanah tersebut selama empat generasi dan membayar sewa tahunan kepada KTMB dan PAK tetapi bilangan penduduk sebenar tidak dapat ditentukan kerana ada yang tidak membayar sewa.
Zambry baru-baru ini melahirkan rasa kecewa dan mempertikaikan permintaan 'melampau' sebanyak RM37 juta oleh PAK dan meminta agensi itu mempertimbangkang semula kadar pembayaran tersebut demi kepentingan rakyat.