Selasa, 16 Mac 2010

GOMO: LIVE DARI VISTANA HOTEL KUALA LUMPUR



Sidang media Annuar Shaari dalam menjelaskan Hubungkait Aasil Kazi Ahmad dengan Raja Petra Kamaruddin.

Pihak Polis di minta untuk menyiasat Aasil Kazi Ahmad berhubung perannya bersama RPK.

Melalui bukti yang di dedahkan mengaitkan Aasil Kazi Ahmad ada bersangkut paut dengan RPK.

Kenyataan Media Annuar Shaari

Datuk Ahmad Nazri Abdullah mahu meminta RM1 Juta daripada saya, terlebih dahulu saya meminta Datuk Nazri menjelaskan berapa banyak harta kekayaan beliau di dalam dan diluar Negara. Saya sering mendengar orang lain menganggar kekayaan Datuk Nazri Abdullah melebihi 1 Billion. Adalah lebih baik Datuk Nazri menjelaskan pekara ini sendiri memandangkan dahulu beliau hanya seorang Ketua Pengarang di Sebuah akhbar Malaysia.

oleh yang demikian, amat perlu Datuk Nazri membuat penjelasan mengenai Hubungan beliau dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Saya juga merayu Datuk Nazri untuk memberi penjelasan mengenai Income Tax yang di bayar, jika beliau bukan Proksi Datuk Sri Anwar Ibrahim. Akan tetapi jika beliau seorang proksi, tidak perlulah beliau membuat penjelasan. Ini bukan tuduhan tetapi hanya memohon penjelasan dan pengesahan beliau.


Sehingga kini saya masih menanti penjelasan dari Asil Kazi Ahmad, seorang yang saya juga dedahkan boleh membantu siasatan merungkai misteri Raja Petra Kamarudin, Saya juga mengesa pihak berkuasa khususnya PDRM dan Jabatan Imegrisen Malaysia memaklumkan Status terkini berkaitan Aasil Kazi Ahmad.

Saya juga mempunyai Bukti enunjukkan nama Aasil Kazi Ahmad berada di senarai no 1 dalam Chatting Box RajaPetra kamarudin. Saya juga mengesa Datuk Ahmad Nazri Abdullah memujuk Aasil agar segera tampil memberi penjelsan. Ini penting kerana Masyarakat Malaysia perlu tahu siapakah Driving Force di belakang sebuah Portal berita internet iaitu Malaysia Today.

Laporan lain akan menyusul!!!!
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT