Isnin, 8 Mac 2010

ANWAR DAN BALA SEPANJANG ZAMAN

Kehidupan Anwar memanglah hebat. Terbang ke seluruh dunia saban minggu saban tahun. Jika dikumpul najis dan air kencing nya dihotel-hotel diseluruh dunia mungkin cukup untuk dibuat baja urea bagi projek tanam sayur atau campuran makanan khinzir.

Pakaianya mahal-mahal, dan yang paling musykil sekali ialah bagaimana dia mampu membina rumah agam yang bernilai berjuta-juta ringgit di Bukit Segambut, sedangkan ketika itu dia berada dalam penjara. Mampu melangsaikan pinjaman kereta ayahnya dalam masa yang singkat.

Mampu membiayai PRK dan PRU sejak 1999 hingga 2008 dan paling mewah bila berlaku pilihanraya kecil. Parti kepala lembu yang kini bersama Pkr pun hari ini sudah boleh bermegah sejak bersama PKR. Dahulu mereka bermesyuarat sambil bersila atas lantar didalam rumah. Kini semuanya sudah berubah berkat doa sheikh anwar.

Hairan-hairan-hairan, mana datang wang yang begitu banyak? Orang-orang kepercayaan nya juga hebat-hebat, masing-masing dapat membina mahligai yang mewah dan memandu kereta-kereta mewah sedangkan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Manakala di peringkat bawahan pula, ahli-ahli sanggup bergadai bergolok untuk menghidupkan Pkr. Yang baru beli kereta habis ditarik oleh bank, ada rumah, rumah pun dilelong. Ada pencen dan graduati pun habis liow untuk PRU atau PRK. Paling sedih ada pengikut yang ditahan dibawah ISA hidup menderita kerana tiada bantuan.

Bagaimana pun itu hanyalah kulit luar sahaja. Anwar nampak mewah, nampak senang, nampak ceria. Hati di dalam siapa yang tahu. Ia umpama Mafia yang kaya raya tetapi sentiasa menerima ancaman, siksaan dan deraan.

Paling menyedihkan apabila mafia terpaksa membunuh orang tersayang demi patuh pada arahan orang atas, hatta isteri , anak kaum keluarga pun sanggup dibunuh demi semangat perjuangan. Itu cerita mafia.

Liku-liku hidup Anwar sejak kecil juga hebat. Suka, duka silih berganti dari muda sehingga menjangkau usia emas. Tidak henti-henti bala yang menimpa.

Mengikut orang kampung beliau semasa dalam tadika lagi sudah mendapat rawatan pakar kanak-kanak kerana kegemarannya suka merenyeh dan menyondol. Di MCKK juga hebat dan bersifat  prey and predator.

Semakin dewasa kehidupan semakin penuh cabaran dan dugaan. Isu kawin lari dan kelahiran pramatang juga telah menjadi bualan dikalangan pemimpin Abim tahun 90an lagi.

Sejak itu isu-isu sex homo dan sex hetro juga galak diperkatakan. Taib Azamudin bekas Iman Besar Masjid Negara tahu hal ini cuma beliau akan berpegang kepada kerahsian, namun sebahagian besarnya sudah pun pecah. Ialah, mulut tempayang boleh lah ditutup, itu pun nyamuk dapat juga masuk dan bertelur.

Sewaktu menjadi orang kuat dalam Umno dan Kerajaan, gigi dan taring beliau semakin kuat mencengkam. Bagaimana ada lagi cengkaman yang lebih kuat diatas beliau.  Dari muda di tahan di bawah akta ISA, dipenjarakan, sakit leher dan belakang kerana jatuh dari kuda. Ini semua bala yang beliau terima dimuka bumi. Tun Mahathir main kuda pun tak jatuh. Tu menunjukkan kuda pun geli geleman apabila orang macam dia naik belakang kuda.

Hari ini gila meroyang tahap gaban. Beliau kelihatan seperti seekor burung yang sudah kehilangan bulu pelepah , tidak mampu terbang tinggi lagi. Jika dibandingkan dengan kumpulan haiwan di Safari atau di mana-mana ,beliau akan ditinggalkan oleh kumpulannya. Maka akan berakhir dengan kematian yang penuh tragis.