Ahad, 7 Mac 2010

APA PULA TINDAKAN PAS TERHADAP YB ZULKIFLI NORDIN

YB Zulkifli telah dipecat dari Pkr dan diminta untuk mengosongkan kerusi P18 Bandar Baru Kulim. Beliau merupakan anak jati Kedah yang berasal dari Kpg Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah.

Bagi MP P 58 Bagan Serai pula iaitu YB Mohsin Fadzli bin Hj Samsuri adalah calon payung terjun Anwar Ibrahim dan alamat tetapnya ialah di No.6 GF, Jalan Cuepacs 2A,Taman Koperasi Cuepacs Bt. 12,Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor dengan secara sedar telah keluar parti Pkr.

Sebaik sahaja Mohsin mengumumkan keluar parti Pas telah mengambil tindakan yang agak keras terhadap YB Mohsin. Antaranya ialah membuat demontrasi di pekan Bagan Serai mendesak beliau mengosongkan kerusi P58. dan Ahmad Awang pula akan menganjurkan solat hajat 7 malam untuk beliau dan doa pecah perut.

Tahniah kerana Pas Perak berani mengambil tindakan sedemikian terhadap YB Mohsin. Semoga bala menimpa kepada beliau atau dia tidak akan masuk syurga sebaliknya tersenarai dalam kumpulan manusia yang akan ke neraka.

Sepanjang tempoh menjadi MP Bagan Serai,  Mohsin tidak sehebat Zulkifli atau Saifudin. Mungkin juga kerana beliau calon main tangkap muat dan kurang minat terhadap politik menyebabkan Mohsin lebih tenggelam.

Hari ini TM ingin mencabar Pas supaya membuat solat hajat 7 hari 7 malam untuk YB Zul, buat demontrasi depan rumah dia sehingga dia mengosongkan kerusi P18. Kalau YB Zul tak keluar baling rumah dia dengan najis. Ada berani kah?  dunai akan mentertawakan kebodohan Pas yang mengganggu rumah tangga orang. Mohsin orang Pkr, Zulkifli pun orang Pkr. Pas yang seronok menyebok urusan orang.

TM yakin Pas tidak akan berani mencabar YB Zul. Sekirana ada juga usaha-usaha bodoh dari pihak pas maka jelaslah Pas bukan sebuah parti yang membela Islam.  Yang pasti YB Zul adalah lebih Islam dari seluruh pemimpin barisan hadapan PAS.

p/s,

HAIRAN BIN AJAIB MELIHAT GELAGAT BODOH PAS, YB MOHSIN DIHINA DAN DICEMUH TETAPI LAIN PULA REAKSI TERHADAP YB ZULKIFLI NORDIN, DI PELAWA UNTUK MENYERTAI PAS.


KENAPA YB ZUL MENJADI PILIHAN DAN TIDAK YB MOHSIN. INI MENUNJUKKAN SIFAT SEBENAR PAS YANG BERMUKA-MUKA SEPERTI BIAWAK ZAMAN MODEN YANG PANDAI MEMILIH BANGKAI.