Semalam TM memberi sedikit pembuka selera mengenai kumpulan ini. Kumpulan ini didalangi oleh sekumpalan manusia yang pro kepada parti politik pembangkang.
Senjata dicuri dari kem tentera dan mungkin juga diseludup dari negara jiran. Saki baki kumpulan ini berjaya ditahan dibawah ISA.
Mengikut cerita seorang bekas tahanan ISA kumpulan ini ingin memusnahkan kilang arak di Selangor. Kilang arak mesti dimusnahkan dengan apa cara sekali pun. Bagi mereka kilang tersebut adalah ibu kepada segala kejahatan.
Selain mengguna Steyr mereka juga ingin mendapatkan Bazooka dan RPG sebagai senjata yang paling canggih buatan USA.
Mereka yang ditahan dibawah ISA juga adalah pelajar-pelajar yang pernah menjadi muhajiddin di Afghanistan sewaktu menghabiskan musim cuti mereka. Sekembalinya mereka ke tanah air ada yang berkerja sebagai guru-guru sekolah agama dan ada juga yang mengajar di surau atau masjid.
Sayangnya apabila mereka berjaya menjadi pemerintah di Selangor mereka pula yang menyambung lesen kilang tersebut. Konon cerita kaum lain berhak untuk minum arak. Tidak timbul lagi cerita kilang arak punca segala kejahatan. Inlah sikap militan parti pembangkang.
Pas juga menghalalkan cukai jualan arak dengan alasan bahawa wang tersebut boleh digunakan untuk membuat jalan raya kerana jalan satu benda yang hina dan boleh dipijak-pijak.
Ini lah kata mereka dan pengikut boleh percaya bulat-bulat. Zaman Umno semua tak boleh, semua haram. Zaman PR boleh.
Pelik hari ini Pas mempertikai pula 2 ahli lembaga pengarah bukan eksekuti Carlberg iaitu General Bersara Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Mohd Seth dan Tan Sri Datuk Asmat Kamaluddin. Kalau Pas tidak berpuas hati pergilah berbincang dengan mereka berdua tanya kenapa mereka dilantik menjadi ahli lembaga pengarah. Jangan kaitkan dengan Umno sebab kilang tersebut berada dalam negeri Selangor.