Ahad, 7 Mac 2010

PDRM HENDAKLAH DISERANG SUPAYA RAKYAT TIDAK MENGHORMATINYA LAGI









Ini adalah renana gestapo untuk memusnah sistem sebuah negara. Rakyat perlu di racun pemikirannya supaya membenci semua jentera kerajaan. Umpama sebuah pokok yang hendak dibunuh . Kena cantas ranting dan dahan dahulu. bila semua dah kurang mudahlah mengerat atau menggerji batang pokok. Dap menggunakan prinsip ini sepanjang 40  tahun politik mereka.  tetapi mereka tidak pernah kritik apa yang dibuat oleh abang besar mereka di Singapura.  yang bodoh ialah melayu yang duduk nganga dengar cerita harami mereka,



Ceramah Makan Malam Ulang Tahun PR Kecoh Kerana Tiada Permit

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menghentikan seketika majlis makan malam sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat (PR) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini Ahad malam kerana penganjur tidak mempunyai permit mengadakan ceramah di luar dewan itu.

Kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam ketika Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sedang menyampaikan ceramah di pentas utama kepada para penyokong di padang kelab itu.

Keadaan itu menimbulkan kekecohan apabila polis dan pasukan FRU dihalang daripada memasuki kawasan ceramah oleh penyokong yang menghadiri majlis itu.

Ketika ditemui pemberita kemudian, pemangku Ketua Polis Dang Wangi ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis mendapati penganjur majlis itu tidak mempunyai permit untuk menyampaikan ceramah di luar bangunan.

"Kita meminta penyokong untuk masuk ke dalam dewan kerana ceramah ini tidak mempunyai permit, kerana ceramah yang diadakan di padang dan memasang alat audio adalah salah," katanya.

Abdul Aziz berkata polis juga mengarahkan kira-kira 500 penyokong yang mendengar ceramah itu di padang supaya beredar masuk ke dalam dewan kelab itu tetapi mereka hanya berbuat demikian selepas kira-kira 45 minit.

Menurutnya polis dapat menghentikan ceramah di padang pada 10.45 malam dan Azmin meneruskan ucapannya di dalam dewan itu.

Polis tidak membuat sebarang tangkapan dalam kejadian itu tetapi masih berkawal di luar dewan, katanya.

Ketika kejadian itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Batu Tian Chua berada di pentas utama itu.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di majlis itu kira-kira 10.30 malam dan sempat mengikuti ceramah Azmin.