Rabu, 31 Mac 2010

AZMIN BERCAKAP BOHONG DI TAIPING DUA HARI LALU

Dalam ceramah beliau di dewan cina dua malam lalu, Azmin menuduh Zahid Hamidi bertemu secara sulit dengan Ehud Barrak di Paris semasa Pertunjukkan Udara Paris Jun  tahun 2009. Azmin persoalkan tentang perjumpaan tersebut.  Sebenarnya Zahid bertemu dengan Netanyahu dan bukan Barrak.

"Apa motif pemimpin Umno bertemu dengan agent Zionis Ehud Barrak. Saya minta Umno jawab" Azmin Ali


BEIRUT, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu.

"Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata Malaysia melahirkan pendirian tegas kepada Israel sekiranya mereka benar-benar ikhlas mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat, mereka harus mengiktiraf kerajaan Palestin.

"Jika Israel mahu menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri masih melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara-negara di sekelilingnya," katanya.

Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Netanyahu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.

Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan. BERNAMA