Datuk Tajuddin Abd Rahman MP P73 Pasir Salak menyatakan beliau tidak terkejut dengan tindakan Anwar Ibrahim memecat Zulkifli Nordin MP P18 Bandar Baru Kulim kerana beliau juga telah menerima nasib yang sama pada tahun 1988 dan 1995.
Ketika itu Jawatankuasa Badan Disiplin Umno dipegang oleh Anwar Ibrahim. Anwar pada waktu itu akan memecat siapa sahaja yang beliau tidak suka atau yang nyata menentang beliau. 1988 beliau di halang daripada menyertai Umno baru kononnya terlibat dengan parti Semangat 46 pimpinan Ku Li.
Pada tahun 1995 sekali lagi beliau dipecat oleh Anwar dan Azmin kerana dituduh terlibat dalam politik wang. Beliau dituduh dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah sama seperti yang terjadi kepada YB Zulkifli Nordin.
Pada ketika itu Datuk Tajuddin ingin merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak yang mana kerusi tersebut milik Dato Seri Ramle Ngah Talib yang juga mendapat restu atau disebut sebagai orang Anwar. Anwar menggunakan flatform MT untuk memecat sesiapa saja dengan cara yang salah.
Beliau berjaya diterima masuk semula ke dalam Umno setelah Anwar pula yang dipecat oleh MT Umno. Tambah beliau lagi Anwar sejak dalam Umno lagi sudah bersikap diktator.
Anwar mempunyai spy sendiri. Sesiapa yang cuba menentang nya walaupun secara verbal maka orang itu harus menerima hukuman.
Pada zaman Anwar kebanyakan ahli-ahli Umno cukup patuh dengan arahan arahan Anwar. Jika dia berkata ada perjumpaan pada jam 4 petang. Maka setiap yang dijemput mesti berada 5 minit lebih awal. Jika tidak Anwar tidak akan teragak-agak untuk memalukan sesiapa saja dalam majlis atau khalayak. Inilah sifat Hitler Anwar.
Masih ingat Operasi Lalang? Dalam operasi lalang ramai orang menyalahkan Tun Mahathir ketika itu, tetapi jika dikaji secara halus kita akan tahu, sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan Anwar akan menjadi mangsa Ops Lalang 1987.
Dato Tajuddin adalah salah sorang mangsa dan ditahan dibawah ISA dan dendam Anwar terhadap Datuk Tajuddin terus terbawa ke dalam parlimen dimana Azmin terpaksa menjadi balaci Anwar untuk menimbulkan semula isu politik wang 1995. Azmin terus diam apabila Datuk Tajuddin memberi amaran untuk menyamannya jika terus membangkitkan isu tersebut
Anwar sendiri tidak berani menghentam Datuk Tajuddin dalam parlimen kerana takut rahsia buruk Anwar didedahkan oleh Datuk Tajuddin.
Temubual antara TM dan Datuk Tajuddin di Hotel Impiana Ipoh, malam tadi.