Fairus dalam ucap utamanya di Dewan Rakan Muda Taiping malam tadi telah menceritakan bagaimana bermulanya penglibatan beliau dalam gerakan Pkr.
Ia bermula sejak menjadi pelajar di UIA lagi. Sebagai pelajar sains politik dan usuludin beliau terpengaruh dengan dasar dan asas perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.
Sehari sebelum penamaan calon Pru 12, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan satu panggilan daripada Anwar memintanya menjadi calon Penanti untuk PRU 12. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk bertanding dan menang dalam PRU. Tidak pernah terfikir untuk ditawarkan jawatan sebagai TKM 1 dalam usia yang amat muda 32 tahun sewaktu menyandang jawatan tersebut.
Tetapi semuanya nikmat dan keindahan yang diterima sehingga menjadi TKM 1 Pulau Pinang adalah palsu semata-mata. Fairus hanya dijadikan denak untuk mencukupkan kouta saja.
Apabila Fairus terbang lebih tinggi maka ia perlu diturunkan samada cara baik atau jahat, tanpa mengira halal atau haram.
Fairus menjadi mangsa keadaan. Beliau difitnah dan dituduh rasuah oleh rakan sendiri. Tujuan ialah ingin mengambil tempat beliau sebagai TKM. Sebagai anak silat gayong Fairus berpegang teguh kepada ajaran Islam dan prinsip amal maarof nahi mungkar, yang penting syiar Islam menjadi tonggak dan asas perjuangan,
Walaupun pelbagai tuduhan salah guna kuasa dan rasuah dilemparkan oleh sesama ahli parti beliau tidak sedikit pun berasa tergugat dan gentar dan ianya terbukti kerana SPRM mengisytiharkan beliau bersih dan bebas rasuah.
Memikul jawatan TKM merupakan satu tanggungjawab yang besar buat diri beliau, keluarga beliau dan tanah air. Oleh kerana Fairus bukanlah jenis manusia yang tamak dan gila kuasa, beliau sanggup melepaskan semua jawatan yan disandangnya termasuk juga jawatan eksekutuf sebagai TKM1.
Selepas setahun lepas dalam pertapaan akhirnya anak silap gayong ini mengistyharkan keluar parti. Tambah beliau lagi dalam tempoh setahun beliau melihat terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Anwar bersikap diktator, gagal menjawab isu liwat, gagal dalam amal makruf nahi mungkar . Tunduk dan akur dengan kehendak Dap harbi. Pas juga sanggup membelakangkan dasar perjuangannya membentuk sebuah negara Islam dan tunduk dengan kehendak kapir harbi,
Sebagai seorang Islam Fairus bermuhasabah dan beristiqamah banyak membuat istikharah akhirnya datang petunjuk yang betul daripada Allah dan dalam majlis persilatan di Ampang Kuala Lumpur minggi lalu beliau telah kembali dari kesesatan dan ingin keluar dari tempat yang kotor dan terus menjadi ahli Umno.
Sekali gus beliau juga menyangkal tuduhan yang dilemparkan oleh ketua parti sosialis bahawa ia satu proses pembersihan.
Jika pembersihan ingin dibuat oleh Pkr ia hendaklah dibuat dari dalam. Segala yang kotor perlu diasingkan dan dibuang.
Ini tidak berlaku, sebaliknya ahli parti dengan sendirinya mengisytiharkan keluar. Percayalah selepas ini ramai lagi yang akan keluar parti.