Sabtu, 13 Mac 2010

KAUM CINA MASIH TIDAK MENYOKONG AGENDA 1 MALAYSIA (klik untuk info menarik)

Dalam satu majlis seorang pemuda Cina telah bangun dan menyuarakan rasa hatinya bahawa kaum Cina masih tidak menyokong Barisan Nasional walaupun DS Najib telah melancarkan gagasan 1 Malaysia.

Pemuda Cina ini menyalahkan akhbar Cina. Bagi beliau tulisan-tulisan dalam akhbar Cina banyak yang bersifat anti kerajaan dan pro kepada pembangkang. Kehadiran kaum cina dalam program kerajaan tak sampai 5 peratus. 



Kenyataan pemuda Cina itu memang betul dan tepat. Bahkan TPM mengakui hal ini sewaktu PRK P 59 Bukit Gantang. Datuk  A. Kadir Jasin dan Awang Selamat juga mengakui hal ini dalam penulisan mereka.

Datuk A. Kadir Jasin dan Awang Selamat baru-baru ini mengenai sikap dan sifat tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini perlu diberi perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri.

Hari ini China Press sebuah akhbar Cina yang diasaskan oleh Tun SH Lee telah diberi surat tunjuk sebab bersabit kenyataan mereka kononnya Ketua Polis Negara akan meletakkan jawatan.

"Pandangan pemuda tersebut telah mendapat respon daripada  seorang bergelar Dato dari parti Umno. Kata Dato ialah" Memang betul surat khabar Cina sejak dahulu lagi banyak tidak menyokong agenda kerajaan sebaliknya berkiblatkan kepada NGO Cina seperti Dong Jiao Zong dll.

Semua orang tahu bahawa kekalahan teruk parti Mca dan Gerakan dalam PRU 12 sedikit sebanyak adalah kesan dari penulisan akhbar cina yang berat kepada pembangkang.  Dua tahun sudah berlalu. Apakah tindakan pro aktif yang diambil oleh Mca dan Gerakan dalam membetulkan persepsi masyarakat Cina terhadap kerajaan. Apakah tindakan pemimpin-pemimpin parti Mca dan Gerakan.

Mereka hendaklah turun ke gelanggang dan menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada akhbar-akhbar Cina supaya mereka mendapat input yang betul. Sama seperti dasar 1 Malaysia, Pemimpin Mca dan Gerakan hendaklah turun padang dan memberikan penerangan kepada akar umbi.

Hari ini pemimpin Mca sudah setahun masih bertelangah soal kepimpinan. Parti semakin tenat kerana perebutan kuasa.

Gerakan kalah teruk di Pulau Pinang dan apakah kerja-kerja yang dibuat oleh pemimpin dan akar umbi untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.

Apakah kita hanya ingin menyalahkan akhbar cina sahaja? Pemimpin-pemimpin parti dalam komponan BN juga patut disalahkan kerana gagal dalam sistem penyampaiannya,"

Demikianlah hujah Dato tersebut dan mendapat sokongan oleh Menteri KDN.