Isnin, 15 Mac 2010
MUNGKINKAH INI AKAN BERLAKU LAGI PADA 30 MAC 2010 DI PERAK
Pakatan Rakyat melalui kenyataan Nizar telah menggambarkan bahawa mereka tidak akan hadir ke persidangan kali ini. Bagaimanapun rakyat Malaysia TIDAK lagi akan mempercayai kata-kata Nizar dan PR. Mei dan September 2009 telah membuktikan bahawa mereka hadir walaupun kehadiran untuk mencetuskan huru-hara.
30 Mac ini wakil wakil rakayat PR seperti biasa akan berkumpul di pejabat Dap dan Pas pula akan buat solat hajat tanpa wuduk dan kemudiannya beramai-ramai akan berarak mengiringi Adun mereka ke SUK.
Jika mereka bersikap profesional mereka tak perlu berarak dan buat kecoh seperti gangster. Cukup lah datang sendiri-sendiri dan masuk terus ke dalam SUK sebab masing-masing ada pass VIP.
Tindakan PR sebenarnya menunjukkan SIKAP buruk mereka. Sengaja ingin menimbulkan susasana tegang kepada PDRM supaya bertindak balas. Mereka juga akan melawan dan menyerang polis, bertujuan untuk melabelkan Polis sebagai anti pembangkang Anti Suara Rakyat.