Selasa, 16 Mac 2010

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

Dalam politik Anwar Ibrahim, hanya dia seorang sahaja mempunyai suara atau kata pemutus, rakyat hendaklah faham dan menerima konsep yang dibawakan oleh beliau.

Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak akan mendengar cakap sesiapapun hatta anak bini nya. Istilah demokrasi tidak pernah wujud dalam minda beliau. Beliau umpama Garry Kasparov si pemain catur terkenal dunia. bidak-bidak catur hanya boleh digerakkan dan dimatikan oleh beliau sahaja.

Tiada orang lain boleh menegur atau memberi pandangan. Budaya ini telah lama diamalkannya. Paling ketara ialah dalam pemilihan kepimpinan Abim tahun 70an dan 80an sebelum beliau menyertai Umno. Di semua peringkat kepimpinan daerah dalam Abim beliaulah yang menentukan siapa patut dipilih.

Akar umbi hanya diminta untuk merestuinya sahaja. Apabila menyertai Umno budaya yang sama dibawa oleh beliau, bermula dengan pucuk kepimpinan Pemuda sehinggalah menjadi Timbalan Presiden parti dengan mengenepikan Tun Ghaffar , Anwar meneruskan budaya zalim dan angkuhnya dalam menentukan hala tuju politiknya dalam Umno.

Apabila menjadi tauke kepada PKR benda yang sama juga dilakukan. Hampir kesemua calon PKR baik Adun atau MP adalah dari mulut dia saja atau dari Azmin. Orang lain tutup mulut.. Terima saja arahan. bantah,,,,out you goo..

Untuk bacaan seterusnya mengenai isu bidan terjun Anwar sila klik tajuk untuk ke Utusan Malaysia Online