Isnin, 26 April 2010

ADAKAH PKR AKAN BERTANDING BERSAMA DAP MENENTANG BN?

Kerusi P212 kosong berikutan kematian Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.

Lau, 68, wakil rakyat BN dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) adalah penyandang kerusi itu selama lima penggal berturut-turut. Kali terakhir beliau memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi, selepas menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon PKR, Lim Chin Chuang.

Pada pilihan raya umum itu, mendiang Lau memperoleh 19,138 undi manakala Wong (15,903 undi) dan Lim (812 undi). Lau mewakili Parlimen Sibu sejak 1990. Jumlah pengundi berdaftar bagi P212 sehingga akhir tahun lalu ialah 55,000 orang dengan daftar terkini pemilih untuk suku pertama tahun ini dijangka diketahui pada hujung bulan ini. Majoriti pengundi di Parlimen itu 60 peratus adalah Cina, diikuti 20 peratus Melayu dan Melanau, Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

REKOD PRU 12 (2008)
BN    19 138
DAP 15 903
PKR      812

CINA 60%
MELAYU/MELANAU 20%
IBAN 18%
ORANG ULU dll  2%
JUMLAH PENGUNDI 55 RIBU