Selasa, 20 April 2010

ASLI ATAU TIDAK BUKAN SOAL

Blog Gap telah menyiarkan gambar ini tengah hari tadi dan malam ini gambar ini pula disiarkan sebagai menafikan apa yang telah dibuat oleh Gap. Pihak pembangkang nak marah apa. relak lah. Kalau hangpa pandai buat lah gambar lain terhadap calon BN.

Dahulu sewaktu Prk Bukit Gantang, Calon Umno iaitu Ismail Sapian telah di perdayakan oleh Pas dengan gambar sebegini lah. Dua hari sebelum pembuangan undi Pas telah menyebarkan gambar Ismail Sapian dikelilingi oleh dua tiga orang perempuan dan di tulis lagi kononnya calon BN suka berfoya-foya di Danuk Thailand.

Ia telah memberi kesan yang positif kepada pengundi, makcik makcik dan tok wan pun percaya dan memaki hamun kepada calon BN. Gambar tersebut adalah palsu dan keesokkannya blogger BN pula menyiarkan gambar yang sama dengan menggantikan wajah Ismail dengan wajah Nizar Jamaludin . Ini lah permainan politik Pas.

Dahulu gambar Tun Mahathir, Khir Toyo, Samy Vellu, Azalina Othman. Rafidah Aziz dan ramai lagi menjadi mangsa aktiviti tangan jahat Pas. Hari ini apabila kena batang hidung sendiri baru pandai bercakap soal dosa kering dan dosa basah. Piiirahh..






Jom kita saksikan foto Najib & Altantuya yang telah digunapakai oleh PKR di dalam mahkamah utk mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu..Lihatlah hasil kerjanya yang amat hodoh dan buruk mcm lukisan budak2 tadika..kahkah PKR ada hati nak bawak kes ke mahkamah dgn foto2 mcm ni..ngeh3x.. (part 1)

Posted by Picasa