TM amat kecewa dengan sikap Dap yang memainkan isu bahawa Cina Sibu tidak mendapat layanan yang adil oleh kerajaan. Kononnya layanan tidak adil dalam isu pendidikan, pekerjaan, biasiswa dan kurang peruntukan untuk sekolah Cina.
Semua tuduhan yang dimainkan oleh Dap yang mendapat sokongan Pas haprak semenanjung dan Pkr parti jin mata satu adalah tidak benar sama sekali.
Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Sibu mendapat peruntukan kerajaan. SMB Scared Hearts Sibu, SMB Methodist, SMB St Elizabeth Sibu kini sudah bertukar menjadi SMK. Ini menunjukkan usaha kerajaan dalam membantu sekolah Mission.
SMB Cina seperti SMB Chun Hwa, SMB Tiong Hin, SMB Tung Hua , SMB Tiong Hin dan banyak lagi sudah lama mendapat bantuan kerajaan. Bukan saja bantuan kewangan tetapi tenaga pengajar adalah dibayar gaji oleh Kerajaan Persekutuan, RM 1.8 Billion setahun peruntukan untuk membayar gaji guru di semua sekolah cina di seluruh negara termasuk di Sibu.
Sekolah rendah di Bandar ini dikenali sebagai sekolah rendah bandaran atau SUDC No 1 kini dikenali sebagai SRK Abang Ali, SUDC No 2 di Lanang, SUDC No 3 di Kampung Bandung. SUDC No 4 Oya Road dan SUDC No 5 Rejang Park, semuanya sudah pun dinaik taraf dan menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan.
SRB ST Mary , SRB Methodist adalah dua sekolah missionary juga telah mendapat peruntukan besar Kerajaan Persekutuan.
Dahulu kebanyakan guru-guru adalah terdiri dari kaum cina dan sedikit dari kaum melayu dan bumi putra lain. Kerajaan terpaksa membuka banyak sekolah di kawasan pedalaman dan untuk mengisi perjawatan perguruan kerajaan terpaksa menghantar ramai guru-guru dari semenanjung . Ini termasuk juga guru-guru agama.
Trend menghantar guru semenanjung semakin kurang kini kerana tenaga anak-anak tempatan telah mengambil alih tempat guru-guru semenanjung. Sehinggakan ramai anak-anak Sarawak terpaksa mengajar di semenanjung kerana tiada kekosongan di Sarawak.
Anak-anak Cina di Sibu lepasan SPM atau STPM tidak ramai yang memohon masuk ke IPTA tempatan sebaliknya lebih berminat untuk menyambung pelajaran ke Australia, New Zealand, UK, USA dan Canada. Ia menjadi semacam satu trend yang wajib bagi anak-anak Cina kaya yang bersekolah seperti yang disebutkan di atas.
Bagi lepasan sekolah menengah Cina seperti di pinggir bandar ibu bapa mereka lebih gemar menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di Taiwan dan Singapore kerana mereka tidak mahir berbahasa Inggeris. Mereka adalah Cina Kebun yang berfahaman Tao, Cina pekan yang rata-rata beragama Kristian lebih maju dan lebih modern pemikirannya.
Oleh iu tidak timbul isu biasiswa dan sebagainya kerana ibu bapa mereka lebih mampu dan mengharapkan biasiswa dan mereka pun tidak pernah memohon masuk ke IPTA melalui UPU. Jika ada pun bilangannya adalah kecil dan mungkin ibubapa mereka bekerja dengan kerajaan.
Soal pekerjaan pula kononnya kerajaan mengabaikan kaum Cina. Ini adalah satu fitnah yang besar, TM berharap pihak kerajaan BN dapat membawa Lim Kit Siang dan Anwar melawat semua pejabat kerajaan persekutuan dan negeri, lihat sendiri jumlah kakitangan kaum Cina semua peringkat adalah melebihi dari kaum melayu dan bumiputra.
Jika di Taiping jawatan Penguat kuasa PBT yang beruniform rata-rata adalah orang Melayu tetapi di Sibu ramai kaum Cina. Tak percaya esok pagi cuba lepak di Pasar Sentral Sibu, akan dapat lihat kelibat mereka.
Attenden parking juga lebih ramai orang Cina jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Semenanjung.
So tidak timbul lagi isu semuanya sudah terjawab. malam nanti TM akan jawab isu lain pula. bersambung.
SMB= SEKOLAH MENENGAH BANTUAN
SMK= SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN
SUDC = SIBU URBAN DISTRICT COUNCIL
SRB= SEKOLAH RENDAH BANTUAN
SRK= SEKOLAH RENDAH KERAJAAN