Selasa, 11 Mei 2010

PRK P212 :SIBU- TOLL JAMBATAN LANANG PUN DAP JADIKAN ISU

Kadar Toll Tinggi- Itu lah isu yang dimainkan oleh Dap dalam PRK P212 Sibu kali ini..

Bahagian Sibu mempunyai dua buah jambatan yang merentasi Sungai Rajang. Sebuah di Lanang dan sebuah lagi di Durin.

Kedua-dua jambatan ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Jambatan Durin adalah jambatan tanpa toll tetapi jambatan Lanang dikenakan toll.

Projek Jambatan Upper Lannag ini siap pada  April 2006 .Kadar toll bagi kereta ialah RM 5.00  satu hala, ini bermakna jika dua kali ulang alik toll yang dikenakan ialah RM 10.00. Ini agak membebankan kepada petani yang membawa hasil jualan ke bandar Sibu.

Tetapi bagi ahli perniagaan yang kaya-kaya di Sibu RM 10.00 tidak menjadi soal. Kadar toll bagi sebuah bas pula ialah RM 15.00 sehala, dan percuma untuk motosikal.

Projek jambatan Batang Rajang Upper Lanang menelan belanja sebanyak seratus lapan puluh juta  ringgit yang mana panjangnya adalah 1220 meter.

Kadar toll telah diluluskan  kerajaan negeri dan juga Kabinet.  Dalam PRK kali ini Dap mainkan isu toll yang mahal. Mungkin pihak kerajaan boleh menurunkan kadar toll terutama bagi kenderaan awam seperti teksi dan juga bas.  Untuk kenderaan pacuan 4x4 bolehlah dinaikkan sedikit kerana golongan ini ada golongan yang kaya.

Untuk pengetahuan umum, jambatan ini telah dibangunkan oleh pemaju tempatan (Sibu) atau senang cakap oleh pihak swasta dan mula beroperasi sejak 11 April 2006.