Selasa, 20 April 2010

PAS JADI SESUMPAH BOLEH BERUBAH WARNA DAN PENDIRIAN UNTUK MENGHALALKAN CARA

Dalam kempen PRK Hulu Selangor ini, PAS telah berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan iaitu Dato’ Zaid Ibrahim, janji tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang telah mengarahkan kepada para pemimpin, ahli dan para penyokong memberikan sokongan 100% kepada Zaid Ibrahim. Beliau juga berkata pencalonan Zaid Ibrahim sebagai calon PRK Hulu Selangor adalah merupakan pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.


“Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu”