Ahad, 9 Mei 2010

PRK P212 SIBU :DABAI BORNEO YANG POPULAR


Dabai merupakan sejenis buah bermusim yang popular di Borneo terutamanya di Bahagian Sibu. Buah dabai adalah salah satu daripada 75 keluarga buah kana. Nama saintifiknya ialah canarium odontophyllium. 


Buah dabai boleh dimakan dengan berbagai cara, yang paling popular ialah buah dabai direndam dengan air suam-suam kuku sehingga buah menjadi lembut, toskan air dan dengan sedikit garam, dabai sedia untuk dimakan bersama lauk-pauk lain sewaktu makan tengah hari atau makan malam. Ia juga enak jika dicolek atau dicicah dengan kicap dan sambal belacan.


 Cara lain ialah dengan membuat jeruk atau dibuat kundee, Proses membuat kundee ialah dengan merebus dabai sehingga masak, toskan air sebelum dicampur garam dan dibuang. Kundee boleh dimampatkan dan disimpan secara sejuk beku. Nasi goreng dabai adalah dihasilkan dengan kundee dabai. Ia amat lazat untuk dimakan di malam hari.

Buah bermusim ini boleh diperolehi dengan banyak pada musim durian dan buah-buah lain.

Harga ikut musim dan jumlah hasil. Jika terlalu banyak harga boleh jatuh kepada RM 1 satu kilo dan boleh mencecah belas ringgit sekilo. 

 
Jika di Kapit buah ini masih lagi dijual dalam ukuran cupak dan gantang.