Ahad, 9 Mei 2010

Antara Tun Mahathir, Tun Rahman Yaakub, Pehin Seri Taib Mahmud dan Nik Aziz

Akhir-akhir ini TM ada menyiarkan rakaman temubual antara tokoh-tokoh politik tempatan. Mereka ialah Nik Aziz, Tun Mahathir, Tun Rahman Yaakub dan Taib Mahmud.

Paling ketara nampak keuzuran fizikal dan mental ialah Nik Aziz, nak mendengar pun terpaksa tambah cuping telinga dengan meletakkan tapak tangan dibelakang telinga. Berjalan pun sudah bertongkat. Bercakap? Macam orang yang nyanyuk dah. Macam tu pun Pas dok simpan lagi.

Berbeza sekali dengan Mahathir , Taib Mahmud dan Rahman Yaakub. Walau pun mereka lebih senior dalam politik dan dari segi usia, pemikiran mereka, keupayaan fizikal mereka tidak sedikit pun nampak terjejas. Walaupun Tun Mahathir dua kali mendapat rawatan jantung tetapi setelah pulih semuanya okay.

Oleh sebab itu lah Tun Mahathir masih menjadi ikon yang penting baik di dalam dan di luar negara. Di mana sahaja beliau beliau berucap , idea dan lontaran pendapat menjadi penantian yang ditunggu-tunggu. Idea beliau bernas, tulin dan terkini , sesuai dengan peredaran zaman.

Nik Aziz ? hanya orang Pas totok sahaja yang menyanjungi, golongan muda sudah mula menolak beliau. tetapi kerana wang dan kroni maka Nik Aziz kekal di persada politik Pas sampai akhir hayat mungkin.