Berita terkini, bukan sahaja Pejabat Daerah Ulu Selangor sahaja yang dirampas menjadi Bilik Gerakan PKR PRK Ulu Selangor, semua Dewan-dewan Orang Ramai dalam kampong2 dan pekan-pekan dan bandar-bandar dalam Daerah tersebut telah dirampas oleh PKR untuk dijadikan Bilik Gerakan PKR dalam masa PRK Ulu Selangor ini.
Ini adalah satu tindakan yang tidak adil dan samseng yang di lakukan oleh PKR/PR yang memerintah Negeri Selangor. Pejabat Daerah adalah merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan (walau pun) Kerajaan Negeri di perintah olrh PKR/PR, tetapi disitu adalah sebagai tempat urusan rakyat bukan urusan parti. Lagi pun di Pejabat Daerah tersebut akan dijadikan Pejabat RO SPR bagi nak mengendalikan PRK Ulu Selangor.
Sekiranya MB tidak berpindah dari Pejabat Daerah, SPR hendaklah mencari tempat lain dan gantikan RO daripada Pegawai Daerah kapada Pegawai tinggi PTD yang ada di Daerah tersebut.
Zaman BN memerintah Selangor, masa PRK DUN Ijok, Datok Khir Toyu yang juga MB Selangor menyewa bangunan untuk dijadikan Bilik Gerakan BN.
Keadaan saperti ini wajib dibetulkan oleh SPR dan juga pihak yang berwajib di Pejabat Daerah tersebut.