Berita yang amat mengembirakan saya di laman sosial Facebook dan di dada akhbar-akhbar "online" tempatan hari ini adalah pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR / Pakatan Haram di P094 Parlimen Hulu Selangor. Penulis lebih bimbang PKR akan mencalonkan Dr Halili kerana beliau lebih berkarisma dan mempunyai nilai moral yang jauh lebih baik.
Buat jentera-jentera Barisan Nasional di Hulu Selangor, ini adalah bonus besar bagi kempen kita di Hulu Selangor. Ini berdasarkan faktor-faktor berikut:
1. Datuk Zaid merupakan seekor katak yang terang-terang melompat dari parti UMNO ke PKR. Di dalam usaha terdesak puak-puak Pakatan Haram menghentam ahli-ahli mereka keluar parti dengan menjadi ahli bebas, Datuk Zaid merupakan Putera Katak yang sebenar. Saya namakan sebagai "The Prince Of Frogs"
2. Datuk Zaid terkenal dengan kegemarannya "menonggang" botol-botol minuman haram. Sejak saya bertugas di sebuah Bank di Petaling Jaya awal tahun 90an, adalah menjadi kebiasaan bagi pegawai kredit seperti saya melawat pejabatnya, Zaid & Co. untuk urusan dokumentasi perundangan pelanggan. Bagi sesiapa yang pernah melawat pejabat Datuk Zaid dan rapat dengannya, pasti tahu kegemarannya dengan minuman syaitan ini.
3. Datuk Zaid juga terkenal dengan penyakit goutnya. Buat penduduk-penduk di Hulu Selangor, banyak-banyakkanlah belanja Datuk Zaid makan daging merah dan makanan laut. Silap-silap bertongkat kemudiannya.
4. Datuk Zaid merupakan calon bukan anak tempatan Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding atas tiket UMNO bagi kawasannya di Kota Bharu dan kalah kepada calon PAS. Untuk calon bidan terjun sebegini adakah penduduk Hulu Selangor mengharapkan beliau akan membela nasib mereka?
5. Siapa yang pernah melupakan calon PKR ini. Puak-puak PAS jangan cuba buat-buat lupa. Datuk Zaid semasa di dalam UMNO adalah orang yang paling lantang menentang hukum hudud. Sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman Kerajaan PAS Kelantan sekiranya Kerajaan PAS mengadaptasikan hukum hudud di Kelantan.
Akhir kalam, diharap kempen-kempen keselamatan dipertingkatkan di Hulu Selangor. Kita tidak mahu lebih banyak kemalangan berlaku akibat memandu dalam keadaan mabuk. Biarlah calon sahaja yang mabuk. Ingatlah orang yang tersayang. "Don't drink and drive". Buat penyokong-penyokong PAS, takebeer, yamseeng dan cheers!!!-KRO