Ahad, 18 April 2010

BETOI KAAAA?

Zaid tolong jawab segera bab ini…
Datuk Zaid Ibrahim mempunyai biodata yang cantik.Beliau bekas menteri dan pemilik syarikat guaman yang terbesar di negara ini.Kaya raya.Tinggal dalam lingkungan yang kawasan perumahan eksklusif di Tropicana.

Segala hal tentang dirinya secara zahir melambangkan kejayaan seorang anak Melayu.

Indahnya lagi seperti cerita-cerita kejayaan yang biasa tersiar di suratkhabar…Zaid berasal dari keluarga miskin.

Diatas kertas memang tak silap Datuk Seri Anwar Ibrahim tegak menepis segala pandangan lain dalam PKR memilih Zaid untuk menjadi ayam sabungnya untuk pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Masalahnya kehidupan di luar sana ada bezanya bila jadi orang politik.

Zaid sendiri bukan baru dalam dunia politik.

Kata orang bodoh sangatlah kalau Zaid tak sedar segala tentang dirinya diteropong habis ketika melangkah kaki untuk mencuba nasib dalam satu pilihanraya kecil yang sengit seperti di Hulu Selangor.

Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin boleh maafkan tindak tanduknya dulu yang pernah saman PAS untuk menyekat hukum Hudud.

Namun satu hal yang Zaid perlu jawab khususnya kepada orang-orang PAS dan amnya masyarakat Islam di Hulu Selangor ialah apa ceritanya tentang dakwaan yang hangat diperbualkan mendakwa beliau PEMINUM ARAK TEGAR.

Kalau rajin layari internet segala macam bentuk lakaran dan kata-kata yang mempersendakan Zaid dalam bab itu boleh ditemui.

Sebenarnya dakwaan ini bukan baru tetapi sudah lama kedengaran.

Sebagai orang yang bermartabat tinggi dan ada maruah Zaid perlu tampil menjelaskan semua ini.

Betul ke tak betul segala dakwaan itu hingga ke peringkat ada yang kata sarapan pagi pun Zaid wajib kena wine.

Ini bukan soal kecil lebih-lebih lagi bila menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat kepada orang di hulu sana sekalipun jarak antara rumahnya di Tropicana dengan Hulu Selangor cuma 45 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Beliau harus mengikis segala kesangsian khususnya dikalangan orang PAS yang hendak turun padang dari serata kota dan desa berkempen membantu PKR bagi memenangkannya.

Juga tentu sulit nanti beliau untuk berceramah tentang moral orang-orang UMNO jika dakwaan seburuk itu tentang dirinya tidak dijawab.

Kalau Zaid merasakan kemenangan di Hulu Selangor ini amat penting untuk dirinya apa salahnya beliau memberanikan diri masuk mana-mana satu masjid di Hulu Selangor untuk bersumpah tidak pernah meneguk langsung air setan itu apa lagi dituduh peminum tegar.

Zaid perlu ingat bukan dirinya saja yang mahu menang tapi Anwar dan Nik Aziz sangat berharap mereka dapat menjulangnya pada malam 25 April ini.

Anwar,Lim Kit Siang,Karpal Singh,Tian Chua,Sivarasa mungkin boleh pejam sebelah mata pada dakwaan sebegitu rupa…soalnya bagaimana agaknya perasaan Tok Guru dan pak cik mak cik di Sungai Tengi,Kalumpang,Hulu Yam serata ceruk kampong lain di Hulu Selangor jika katakan nanti ia didapati benar.