Ahad, 18 April 2010

PRK BAGAN PINANG BERI PENGAJARAN KEPADA PAS

Setelah menang beberapa PRK dengan bantuan pengundi hantu dan tangan-tangan setan. Pas seolah-olah pembunuh yang mabuk darah, besar kepala, gah dan riak.  PRK N31 Bagan Pinang mendedahkan siapa Pas sebenarnya.

Gerombolan Pas datang dari segenap ceruk rantau.  Ada yang datang seperti rusa masuk kampung pun ada. Ada yang cukup otai pun ramai. Golongan otai inilah yang paling ganas dan pendemdam.

Ada yang cop jari dalam Pas tak kering lagi pun ramai, maka jadilah pak turut bagaikan lembu dicucuk hidung.  Ada yang malu tahap anak babi yang malu kerana emak dia ibu babi pun ramai. Maklum lah buat pertama kali belajar jadi ganas. bila sedar diri baru rasa malu tahap kera duku.  Itu adalah senario di Bagan Pinang.

Punya lah riak dan sombong. Akhirnya Pas angkat bungkus awal-awal lagi . Pada jam 6 petang seluruh kawasan peti undi yang panas sunyi pekak. Yang tinggal ialah sampah sarap, najis dan air kencing yang membusukkan N31.

Kali ini PRK datang lagi untuk kali pertama bagi tahun 2010.  Cuma kali ini Pas tidak bertanding. Bagaimana pun mulai hari Jumaat ramai dah oramg bulan atau golongan katak hijau atau lalat hijau ini sudah berkampung di Hulu Selangor.

Apa tujuan? Adakah untuk memberi sokongan pada hari penamaan calon atau untuk berkampung selama seminggu di sana sehingga hari pembuangan undi. Tak ada kerja kah puak-puak ini.? Bagaimana sawah? Bagaimana dengan pokok getah dan kepala sawit?

Bagaimana dengan duit belanja anak bini ? duit sekolah anak siapa tanggung? Profesyenal sungguh lah orang bulan ini. Kaya dengan duit yang datang dari sumber yang diragui. belanja besar di setiap PRK. Makan sampai boncit perut tetapi sayangnya puak Pas ini ada kasta.

 Kasta tinggi akan menginap di hotel-hotel mahal, yang kasta rendah dok meletang abau di surau dan masjid. buat macam rumah kenduri pulak tu.  Adoi kesian kat depa.