Selasa, 20 April 2010

KALAU DAH MINAT KUDA TU TAK BOLEH BUAT APA DAH

Orang kalau dah minat kuda memang tak boleh kata apa dah. Bangun pagi tengok kuda, nak tidur pun tengok kuda dulu , kadangkala tidur di kandang kuda.

Ada yang bela kuda untuk kesihatan badan, seperti Tun Mahathir dan YDP Agong. Ada yang beli kuda kerana gila judi. Mula2 jadi penggemar sukan lumba kuda tiap-tiap minggu. Tiap-tiap minggu ke Ipoh, Penang, KL dan Sg.

Tak puas hati ada yang sanggup terbang ke Hong Kong dan lain-lain negara. Ada yang sampai sanggup rasuah jocky. Dan paling Hi-end ialah tahap beli kuda untuk race....Itu kira boleh tabik spring lah.

Ramai busines man yang terlibat dengan lumba kuda ni, Dulu di KL ada sorang Melayu yang terkenal dengan perniagaan satenya. Habis bangkrap kerana kuda. Tu belum tahap Hi-end lagi.

Agak nya ramai juga lah yang jatuh papa kerana sukan kuda dan terpaksa cari pekerjaan lain seperti menceburi bidang politik. Untung nasib boleh jadi wakil rakyat.