Dalam satu ceramah politik di Kampung Baru Kalumpang , Hulu Selangor 17 April 2010, Khalid Samad telah menyatakan bahawa air percuma yang diberikan oleh kerajaan Selangor ialah 20 meter padu.
Jumlah tersebut secara logik nya lebih banyak daripada satu tangki minyak petrol yang lori minyak dok angkut .Tambah Khalid lagi; " Sebuah lori minyak hanya mampu membawa 18 meter padu minyak sahaja, kerajaan Selangor bagi air percuma berjumlah 20 meter padu. Maknanya kalau nak tahu berapa banyak air yang tuan-tuan dapat, lihat lah tangki minyak lori tersebut.
TAK SANGKA SUNGGUH MANUSIA YANG BERNAMA KHALID SAMAD INI (ORANG PAS) BIJAK BERBOHONG. BUAT SLAMBER DEK BILA BERCAKAP, BUAT MUKA SARDIN MACAM SARDIN KATAK...
TUAN-TUAN NAK TAHU BERAPA JUMLAH SEBENAR MINYAK , PETANG NI PERGI LAH LEPAK KAT MANA-MANA PORT YANG BANYAK LORI TANGKI BERHENTI, PERGI LAH BACA KAT TANGKI BERAPA JUMLAH SEBENAR. ATAU JIKA TUAN-TUAN PEMILIK LORI ATAU TUAN PUNYA STESEN MINYAK BOLEH LAH BAGI INFO KAT SINI. ATAU BOLEH TERUSKAN BACAAAN DI BAWAH
Kapsyen: Tanker baru kebanggaan Shell
Kapsyen: Penambahan saiz bukan pada kepanjang dan kelebaran tapi di bahagian atas
Hari ni aku gi ke Depot Pengedaran Shell kat area Lukut, Port Dickson. Majlis pelancaran lori tangki baru Shell. Saiz dia kira besar sikit lah.
Detail pasal lori tangki ni korang cek cerita kat bawah. Manalah tau berita yang aku buat ni boss aku tak nak pakai. Maklumlah..wartawan haprak ja.
P/s: Buat beberapa wartawan dan jurugambar yang hadir...kenapa korang tersengih-sengih macam kerang busuk masa balik dari majlis ni?
RAW n UNEDITED
SHELL MALAYSIA LANCAR LORI TANGKI MINYAK TERBESAR DI ASIA TENGGARA
PORT DICKSON 21 Mei _ Shell Malaysia hari ini melakar sejarah apabila melancarkan penggunaan lori tangki minyak terbesar di rantau Asia Tenggara dan Malaysia yang mempunyai muatan 51 tan metrik atau bersamaan dengan 45,000 liter bahan api.
Sebelum ini, had muatan lori tangki yang dibenarkan di negara ini ialah 44 tan metrik namun ia dipinda oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada akhir tahun lalu.
Pengurus Besar Pengedaran Shell Malaysia, Singapura dan Indonesia, Mohd. Rafie Ali berkata, penggunaan lori tangki minyak baru itu bukan sekadar mengurangkan kos pengedaran minyak bahkan turut menurunkan kadar terdedah dengan kemalangan jalan raya.
Katanya, ruang simpanan bahan api lori tersebut juga mempunyai tujuh bahagian sekali gus membolehkan ia membawa minyak diesel dan petrol dalam satu masa.
"Keupayaan membawa tambahan 6,000 liter bahan api atau 15 peratus lebih banyak daripada biasa akan mengurangkan kekerapan lori tangki kami di jalan raya sekali gus mengurangkan risiko terdedah dengan kemalangan.
"Kami amat bangga kerana muncul sebagai syarikat pertama yang menggunakan lori tangki bersaiz besar ini. Pembinaan tangkinya dibuat dengan teknologi yang canggih iaitu menggunakan sekeping aluminium sahaja berbanding tangki lama yang dibina melalui sambungan pateri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan dua buah lori tangki minyak itu di Depot Konsortium Port Dickson, di sini hari ini.
Pada masa ini, Shell Malaysia menggunakan 450 buah lori tangki untuk mengagihkan bahan api di 830 stesen minyaknya di seluruh negara bagi memenuhi keperluan setengah juta pengguna pada setiap hari.
Kata Mohd. Rafie, Shell Malaysia telah membeli empat buah lori tangki muatan 51 tan metrik iaitu dua buah untuk kegunaan depot pengedaran di Port Dickson dan dua lagi untuk depot pengedaran di Lembah Klang.
"Kami juga berhasrat menempah dua buah lagi bagi kegunaan depot KVDT di Dengkil dan sebuah lagi untuk depot Pemasangan Pasir Gudang dalam masa terdekat.
"Ini bermakna menjelang suku ketiga tahun ini, Shell Malaysia akan mempunyai tujuh buah lori tangki seumpamanya dan ia akan ditambah dari masa ke semasa dalam tempoh jangka panjang," katanya.
Tambah beliau, pemandu lori tangki baru itu juga adalah golongan yang terpilih dan telah diberi latihan secukupnya bagi mengelakkan mereka berdepan masalah sewaktu pengendaliannya.
Katanya, peluang itu hanya diberikan kepada pemandu Gred A yang mempunyai pengalaman dan rekod pemanduan yang bersih bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.