Ahad, 18 April 2010

NIK AZIZ BAKAL MENJUAL AGAMA DI HULU SELANGOR

Isu peribadi Zaid Ibrahim hangat diperkatakan. PKR sudah panas punggung dengan kesilapan menamakan Zaid yang banyak isu sebagai calon. 21 April 2010 bersamaan hari Rabu, Nik Aziz akan berceramah di Hulu Selangor. Tujuan nya ialah untuk mendengar serangan Nik Aziz terhadap BN. 

Nik Aziz adalah penyelamat buat Zahid seandainya Ceramah Nik Aziz berjaya menghentam BN dan secara tak langsung akan berjaya mengalih pandangan negatif pengundi terhadap isu PKR di Selangor seperti YBK, Kilang Arak di Shah Alam, Isu peribadi Zaid dan banyak lagi.

Zaid Ibrahim pernah menjadi sasaran kecaman Pas bila berlaku banjir besar di Kota Baru . Husam Musa berkata ia berpunca dari Allah yang tidak merestui pemimpin yang bernama Zaid Ibrahim. Maka balanya di rasakan oleh seluruh penduduk bumi Kelantan khususnya Kota Bharu.

Zaid juga menyokong isu murtad dan memperlekehkan perjuagan Islam yang mahu membenteraskan budaya murtad di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.


Zaid juga membantah isu hudud dan mengancam akan menyaman Pas jika melaksanakan hudud.  Hari ini Zahid mewakili PKR , Apakah Pas sekali lagi akan menjual agama demi memberi kemenangan kepada Gerakan Freemason Anwar?

Jika Nik Aziz dan kepimpinan Pas yang memperjuang Islam maka tidak layak seorang pun pemimpin Pas peringkat Pusat dan Negeri turun untuk berkempen bagi memenangkan Zaid Ibrahim. 

Maruah Nik Aziz selaku Mursyidul Am yang lama dan berkuasa akan terhumban ke longkang atau lembah yang hina jika sudi turun ke P94 untuk membela Zaid .

Ia tidak ubah seperti kisah Badang yang sanggup memakan muntah Jin semata-mata untuk menjadi kuat, gagah perkasa.