Dalam persidangan DUN semalam, Dr Tajol Rosli telah memohon supaya dewan menyokong dan mengiktiraf kedudkan Speaker Dewan Dato G. Ganesan. Kesemua ahli bangun dan memberi sokongan. Tajol meminta semua 31 adun BN berdiri kemudian baru menyatakan tujuannya dan ini menyebabkan PR marah.
YB Jamaludin dan YB Othman juga mengambil peluang untuk menerangkan PKR secara kronologinya.
Kehadiran PR semalam tidak membawa apa-apa erti kepada pengundi kawasan mereka kerana mereka sekali lagi keluar dewan. Oleh itu semua peruntukan dan enekmen yang dibentangkan diluluskan tanpa bantahan dan tanpa bahas kerana adun PR telah keluar.
Kemana mereka pergi? Apa lagi kalau bukan PC. Sedih dengan gelagat PR Perak kerana mereka tidak melambangkan suara rakyat kawasan mereka.
Nizar pula apabila mencemoh Dr Zamry dengan perkataan "Babi Punya Pangkor" sebenarnya Nizar juga telah menghina rakan baiknya iaitu Dap.