Nampaknya ada yang marah kerana TM tidak menyiarkan komen mereka. Apalah nak marah. Blog ini saya yang punya dan saya berhak untuk menyiarkan atau menolak komen-komen yang saya tak berkenan.
Tambahan pula ada individu yang mengenal saya turut menghentam secara peribadi dan kerjaya saya. Nampaknya individu itu mengenali kehidupan TM.
Cuma sayangnya individu ini sedikit bacul dan dayus kerana tidak berani berdepan. Hanya menulis dengan Tanpa Nama.
Kalau dah kenal apa salahnya kita berdebat atau berbincang. mencari kebenaran. Bukan setakat mengkritik mencela secara peribadi. Saya menulis dan berhujah. Kalau individu itu bijak berhujah maka berhujah lah. Gagal berhujah bererti anda kalah.