Ahad, 11 April 2010

PULUHAN RIBU SERBU MARDI UPM UNTUK UJIAN PTD M41

Terlebih dahulu TM mengucapkan setinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kerana telah berjaya mengadakan ujian bertulis sehari suntuk semalam untuk calon-calon yang layak untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Ujian bertulis tersebut telah diadakan di BANGUNAN SEKRETARIAT MAEPS IBU PEJABAT MARDI UPM SERDANG tempat pameran MAHA.

Apa yang menarik ialah TM difahamkan 110 ribu surat panggilan telah dihantar kepada calon-calon yang layak tetapi hanya 13 ribu tempat yang disediakan pada hari tersebut (Sabtu 10 April 2010) Panggilan tersebut telah mendapat respon yang baik daripada calon.

Berpuluh-puluh ribu kenderaan telah menyerang UPM dengan harapan yang tinggi.  TM seperti biasa tidak tahu impak nya . Ingatkan perjalan sejam dari Damansara Perdana ke UPM tidak akan menjadi masalah. Rupa-rupa tersilap besar bila menggunakan Lebuhraya Sg Besi Seremban.

Bayangkan 2 jam tersangkut pada exit 209 Serdang menyebabkan lewat tiba di pusat peperiksaan dan anak TM terlepas kertas ujian yang pertama. Itu adalah dari arah KL , mungkin situasi yang sama juga berlaku dari arah Selatan.

Bila sampai dalam kawasan kenderaan sudah banyak bersesak-sesak di sekitar kawasan dewan perperiksaan. Tengah hari TM keluar untuk makan dan urusan lain di Serdang dan bila balik semula ke dewan pada jam 4 .30 ptg.Baru dapat lihat bahawa  berbelas ribu atau berpuluh ribu kenderaan berada dikawasan sekitar. Jumlah sebenar tak tahu lah mungkin pihak pengurusan dapat mengira jumlah keluar masuk kenderaan jika menggunakan cctv.

Peperiksaan bertulis semalam tidak lah bergitu terlalu bersistem atau rigid. Calon yang lewat hadir pun dibenarkan untuk menduduki ujian ini. Kerusi tak cukup pun pihak pengurusan dapat sediakan pada minit-minit terakhir.  

Persoalannya ialah adakah  program ini tercapai objektifnya?