Selasa, 27 April 2010

PETUNJUK ALLAH DI HULU SELANGOR

PRK yang hebat di P94 melabuh tirainya dengan kemenangan kepada BN dengan nombor yang sangat bermakna. Ia itu penamaan calon pada 17 April dan Pengundian pada 25 April adalah petunjuk kepada kemenangan BN dengan majority 1725. Ini adalah satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah kita yang lemah tak sedar akan perkara ini sehinggalah keputusan diumumkan.

BN gementar PKR juga gementar. Cuma PKR begitu yakin akan menang besar. TM juga yakin BN mampu merampas semula kerusi tersebut berdasarkan banyak faktor yang memihak kepada BN. Isu calon salah satu faktor utama. Undian di blog TM ternyata betul dan tepat, BN menang dengan majority besar dan bukan amat besar seperti Bagan Pinang.

Pada awalnya Umno mahukan kerusi tersebut, alasan yang kuat kerana majority pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu dan MIC berada dalam keadaan yang amat lemah.

Dalam PRU 12, MIC di tolak oleh kaum India sendiri dan kaum Melayu. Ini menyebabkan calon MIC kalah di semua kerusi yang ditandinginya. Ramai orang India menyokong PKR, DAP, PAS dan menyokong pergerakan haram Hindraf yang menentang kerajaan.

Pembangkang terus memainkan isu kaum (rasis) dan meminta pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu iaitu Zaid Ibrahim yang beragama Islam sebagai calon dan menolak calon India. Kempen ini disambut oleh jentera Pas yang turun pada saat-saat akhir.

Pas seperti biasa memainkan isu kaum dan agama. Orang Islam hendaklah memilih calon Islam dan haram memilih kafir. Haram bagi orang Islam memilih calon bukan  Islam sebagai wakil mereka. Isu ini jugalah yang telah memberi kemenangan kepada Nizar Jamaludin bekas MB Perak ke 10 di Pasir Panjang. Nizar berjaya menewaskan calon Mic.

Malangnya Pas cakap tak serupa bikin, Pas sendiri bersekongkol dengan Dap dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN.

Isu rasis ternyata memakan diri Pas dan Pkr. Pengundi telah memilih calon Mic sebagai wakil mereka bukan kerana rasis tetapi kerana semangat muhibbah 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib.

Isu APCO yang dibawa oleh Pkr dan Pas tidak menjadi kerana pengundi lebih tahu selama ini Anwar yang bersekutu dengan Zionis dan Barat dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

IMF telah melantik Anwar sebagai Timbalan Presiden dan Anwar adalah rakan karibnya Soros, Wolfowitz dan ramai lagi yang banyak membantu pemberontakan Anwar selepas dipecat dari Umno.

Hari ini dia cuba bercakap soal APCO. APCO Worldwide adalah syarikat perunding antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan ia sah dari segi perundangan.

Jika kita terlalu ikut sangat benda-benda yang ada kaitan dengan Freemason dan Yahudi kita kena balik ke zaman batu. Hari ini golongan ini telah menguasai dunia. Kita juga tidak dapat lari dari menjadi pengguna barangan zionis setiap hari.

Nestle, vodafone , black berry, motorola, Gmail, yahoo. microsoft, mallboro, camel, pepsi cola, cocacola dan banyak lagi rancangan sukan seperti EPL, Man U dan World Cup Fifa , UEFA semuanya ada kaitan dengan mereka.

Anak-anak kecil juga kita sajikan dengan Pooh, Spongebox, walt disney , merlin, tranformer dan banyak lagi propaganda mereka.Filem-filem hollywood 100 peratus milik mereka.

Ini belum masuk bab pakaian, perhiasan seperti berlian, jam, jean 501 dan sebagainya. Jadi apa lah yang Anuar membesar-besarkan isu APCO.  Kenapa tak di bangkitkan Mafreel mempunyai kaitan dengan CIA.

Hari ini telah terbukti PRK Hulu Selangor telah memberi nyawa baru kepada MIC dan ternyata pengundi Melayu tidak rasis seperti mana yang dianjurkan oleh Pkr dan Pas supaya majority memilih Zaid.

Pengundi menolak Mic adalah kerana Samy Vellu, dan di P94 Samy berjanji untuk melepaskan jawatan presiden MIC jika BN menang di P94 dan sekarang kita tunggu pengumuman rasmi beliau.

Cuma satu teguran kepada BN ialah berkenaan dengan CC , kaki bodek dan Mubarak.

Pertama nak komen tentang pemimpin barisan kedua dan ketiga Umno, Ramai sangat yang turun padang tetapi bukan untuk berkempen tetapi dok jual muka.

Kemana TPM pergi di situlah mereka ikut. Kempen apa kejadah macam tu, masing-masing dok mengarah orang lain buat kerja dan mereka jadi tangkai cawan. (jangan marah bro...ini hanya ingatan dan pesanan)

Sepatutnya mereka  dengan agenda masig-masing , bawa jentera dan masuk ke kampung dan rumah-rumah. Kalau takut orang kata tak buat kerja , ambil gambar masukkan dalam blog atau facebook.  Ini ramai yang dok mengekor boss sahaja. Kena ikut contoh Dato Razali Timbalan Ketua Pemuda.

Nasib baiklah Pkr letak Zaid Kalau letak Badrul Amin, Dr Muhammad Nor Manuty atau Dr Hillmi agaknya bungkus BN. (heheh,,,,jangan marah gurau jer)

Mubarrak pulak tak nampak muka, TM tahu ramai bekas-bekas wakil rakyat BN masih sihat dan kuat, tetapi yang tunjuk muka dan berkempen ialah Tun Dr Mahathir sorang saja. Yang lain mana?  Jaga cucu atau dok peluk bini muda?

Command Center juga tidak digunakan 100 peratus oleh komponen BN. Masing-masing ada premis sendiri , jika semua berada dibawah satu bumbung dan satu Pengarah Piliharaya kerja menjadi mudah dan ia tidak bertindih.

Bagaimana pun menggunakan sistem CC ini adalah yang terbaik. Agaknya jika sistem CC digunakan di PRK Bukit Gantang BN boleh menang juga.

Akhir kata TM mengucapkan tahniah kepada semua jentera parti yang bekerja untuk kemenangan BN  lebih-lebih lagi kepada bloggers Pro-Bn yang bersengkang mata 24 jam mencari bahan , melawat dan turun padang meninjau seluruh kawasan dengan duit poket sendiri untuk memenangkan calon BN. rasanya peranan Bloggers Pro BN dan FB player memberi impak terhadap PRK kali ini.

Apa tidaknya , ranking semua blog ProBN meningkat mendadak . Ini menunjukan ramai blog juga memberi kesan terhadap PRU dan PRK.

Ini termasukan faktor darab atau multiplying factors. terima kasih kepada diri sendiri dan rakan-rakan lain seluruh Malaysia. Net working kita berjaya menewaskan blog-blog Pas, Pkr dan Dap yang selama ini menguasai internet. Sedangkan dunia internet telah dibangun oleh BN di bawah Tun Mahathir.

Tun sendiri memulakan blog dalam April 2008 sama dengan TM. Unspinner, House of PK, MIM, RBF, GAP, WBHM, AIDC, KRO Pisau, Darul Ehsan , Pejuang Bangsa, Waris Pahang dan banyak lagi telah menunjukkan peningkatan yang hebat.

Kali ini selain dari Blog dan Facebook, Twitter juga banyak membantu.

Dalam Facebook pula Anti PKR Club, Wan Motor, Azizeh, Sal Rahman, Lily hashim, Azmy Awang Kelana Jaya, Kak Jee. Ore Oyabun, Rekaka Peto, semuanya berperanan dalam membenamkan PKR kali ini. Keris Putra berkata kita telah menguburkan PKR di Hulu Selangor.

Tahniah, yang tak sebut nama jangan berkecil hati sebab susah nak eja, hehehe.....

Bersyukur kepada Allah yang maha kuasa. Dengan kehendakNya kita berjaya.