Pilihan Raya Kecil P094 adalah gelanggang pertandingan dua panglima perang. Panglima Najib ternyata lebih arif dalam perlawanan dan berjaya menewaskan Panglima Anwar yang ternyata sudah tempang, cedera dan uzur.
Anwar seperti kata dalam lagu Sheila Majid "Patah Sayanp Bertongkat Paruh, Patah Paruh Bertongkat Siku" lebih kurang lah kut.
Ternyata kedudukan BN agak tergugap sewaktu Najib berada di Amerika dan Jepun tetapi apabila Najib kembali ke tanah air dan turun ke gelanggang , ternyata Najib berjaya mematah-matahkan tulang dan sendi-sendi tulang Anwar yang sudah uzur dan reput dek kerana kesan arsenik dalam penjara.
Hari ini Anwar sudah tentu penat , sakit dan memerlukan masa untuk pulih. Namun amat sukar untuk pulih walaupun 100 tukang urut dan dukun datang untuk mengubatinya. Jika sembuh pun ia hanya sekadar luaran. tetapi hati yang penuh batu dengki dan batu meroyan sukar untuk diubati.
Anwar seorang pendekar tua atau kepala kawasan haiwanan yang sudah layak dihalau oleh kumpulannya. Maka jika ia adalah kuda mustang di bumi cowboy maka mustang ini akan dipulaukan dan mati meragan berseoranga. Itu lah hukum alam dalam dunia haiwan. termasuk juga singa , harimau , gajah dan lain-lain.
Sama-sama kita tunggu saat penghujungnya.